SowT~~~~"
Tersentap jiwa dan naluri aku sebagai seorang guru dan 'orang tua' bila anak muridku menulis status di atas dalam laman bukunya. Asal mula kejadiannya ialah bila aku berchatting dengan dia dan memberi tahu bahawa Anies terpilih ke Kem Bola. This boy is one of my fav one sekaligus kawan Anies.
Mungkin muridku ini tersalah tafsir bahawa aku sengaja nak besar-besarkan cerita. Bodohnya, setelah 3 tahun bersama, aku ingatkan dia tahu perangai aku yang suka berkongsi cerita. Mungkin juga dia kecik hati sebab aku ni jenis yang suka menyakat. Mungkin, sakatku malam itu mengena betul ke jantungnya sampai tembus-menembus menimbulkan rasa benci yang meluap-luap.
Setelah dua tahun berlalu, aku tak sangka sungguh aku akan baca lagi status yang langsung tak sedap begini yang ditulis oleh mereka yang bernama budak. Ke mana hilangnya rasa hormat kepada orangtua? Aku sedar, usia 11-12 tahun adalah terlalu muda untuk menjadi matang. Mereka juga belum muma'iz, yakni tahu membezakan mana buruk dan mana baik. Tapi hakikatnya, secara peribadi, aku beranggapan bahawa nilai hormat kepada orangtua itu seharusnya sudah difahami benar oleh setiap generasi tak kira apapun lapisan umurnya. Inilah sudahnya bila ibubapa tak pantau kegiatan anak di FB. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi, lazimnya, anak sebegini mempunyai ibubapa yang juga menjadikan FB sebagai medan pertengkaran. Sebab tu anak tidak tahu membezakan apa yang patut dan tidak patut untuk ditulis. Lazimnya, ok. Tak semua. Kalau kau tak termasuk dalam golongan ni, jangan jadikan ini isu untuk bantai aku pula lagi.
Sebagai seorang manusia dewasa, sebagai ibu, sebagai guru, aku selalu merasa bahawa inilah cabaran terbesar kita dalam mendidik generasi kita di era serba membangun ini. Kita terlalu sibuk mencari rezeki hingga kita terpaksa membiarkan anak-anak kita diasuh dan dijaga oleh gajet serba canggih. Ia adalah sebuah jalan mudah untuk merasa selamat dan terlepas dari belenggu perasaan bersalah kerana gagal meluangkan masa bersama anak. Lalu kita pun menyogok anak-anak cilik ini dengan segala macam kelengkapan agar mereka terhindar dari gejala lepak. Lebih dari itu, kita juga dapat mengelakkan kes culik sebab anak-anak kita tidak ke mana-mana, hanya duduk di rumah atau di cyber. Tapi kita lupa suatu hal; iaitu adab dan peradaban.
Kadang, aku rasa agak sedikit hopeless dengan anak-anak aku yang kuanggap gagal kudidik dengan adap dan santun. Tapi bila kufikir-fikir balik, aku rasa bangga bahawa sekecil-kecil Iman Acik yang berfesbuk sekalipun, dia masih tahu memilih perkara yang boleh diupdate.
Kepada muridku, yang kusayangi itu, mungkin kau sudah tersilap memilih reaksi yang betul. Tak apa. Teacher maafkan. Kau masih budak kecil,kan? Budak kecil yang dalam dadanya penuh oleh kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap takdir. Kau adalah lambang budak yang masih tercari-cari sesuatu yang kau sendiri tak tahu apa yang kau cari. Aku sudah puas menuntun jalanmu. Kupinjamkan kau lampu dan mataku agar kau dapat melihat dunia. Mungkin masaku tidak cukup untuk membuat matamu melihat.
Teacher sentiasa doakan kau berjaya menempuh cabaran yang masih banyak di depan sana. Ingatlah, kemarahanmu itu hanya akan menjadikan kau semakin tersudut di dunia yang kau benci ini.
0 comments:
Post a Comment