Sistem Pendidikan di Malaysia tercatat sebagai sistem yang tercorot di dunia.
Well...aku rasa bukan saja sistem pendidikan, tapi juga the way kita mendidik anak bangsa kita sendiri. Jauh dari berdiri atas kaki sendiri, yang pastinya, anak bangsa kita dibiarkan menjadi manja. Lebih dari itu, kita tidak pernah sudi membiarkan anak didik kita berkarya tanpa dipimpin. Hakikatnya, istilah fasilatator tidak wujud sebab kita takut sangat anak kita terbuat silap dan diketawakan. Biarpun terpaksa menipu, kita sanggup. Asalkan manusia terkesan kagum dan anak didik kita dinilai hebat.
Sarkastiknya, kita juga dengan rela hatinya membiarkan anak didik kita mengaku hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja sendiri. Si emak sanggup buatkan kerja rumah si anak; si students sanggup mengupah orang lain buatkan assignment dan kemudiannya berbangga-bangga dengan nilai gred tinggi yang diperolehi. Tidak hairanlah kalau Malaysia menjadi salah satu gedung cetak rompak terbesar di dunia. Sebabnya, dari kecil sudah diasuh untuk mencetak rompak kerja orang sebagai kerja sendiri.
Jauh berbeza dengan pendidikan barat, mereka mendidik anak untuk menuju ke dunia sebenar seawal usia pra-sekolah lagi. Dari kecil mereka sudah diberi tugasan dan projek yang perlu diselesaikan dengan jayanya. Mereka dilatih untuk melunaskan kerja sendiri dan berkarya mengikut kemampuan masing-masing. Hasil kerja tersebut kemudiannya akan dipamerkan di festival hujung tahun yang akan disaksikan oleh ibubapa masing-masing. Kalaulah benda ni diapply di dunia pendidikan kita, confirm awal-awal lagi KPM kena serang dengan tuduhan menyeksa budak. Mak bapak pula akan ambil jalan mudah dengan membantu menyiapkan kerja anak. Then, by the end of the year, sorang pun tak mahu datang tengok sebab masing-masing sudah tahu hasilan anak. Yalah...kan ibubapa yang siapkan...takutlah tu kena kritik. Orang kita kan...memang takut dikritik tapi mengkritik bukan main....
Kalau beginilah arus pemikiran bangsa kita, aku rasa sampai bila-bila pun bangsa kita tak akan maju. Bahkan, elemen keusahawan yang cuba diterapkan dalam dunia P&P pun tidak akan ke mana-mana. Macamana nak menerapkan elemen ni sedangkan anak-anak kita terus-menerus dipapah dan tidak dibenarkan berkarya sendiri. Sepatutnya, buruk macamana pun hasilnya, apa yang penting ialah kita memberi satu impak pendidikan kepada mereka. Biarkan mereka membuat kesilapan kerana dari kesilapan itulah mereka akan belajar sesuatu. Ajar mereka bertanggungjawab dengan keputusan sebab dari keputusan itulah kita sebenarnya mendidik mereka menjadi sumber manusia yang berani. Ya, mungkin benda ni lambat untuk dilihat hasilnya, kerana sejarah ketamadunan orang barat sendiri menunggu beratus tahun untuk sampai ke tahap ini. Tapi, kalau kita tidak memulainya dari sekarang, kita tidak akan menuai apa-apapun di masa depan.

Oh, maaflah. Ini pendapat yang sangat peribadi dan menuju pada satu kisah peribadi yang terasa janggal untuk diterus-terangkan di sini. Cuma ini sajalah yang mampu sekadar untuk meluah perasaan yang tidak puas hati ini. Hakikatnya, kisah ini membuktikan bahawa selagi wujudnya penilaian serupa begini, sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu mendidik anak bangsa kita menjadi manusia yang kreatif dan kritis. Bahkan, penerapan elemen keusahawanan yang dicanang-canang itupun hanyalah bullshit semata-mata. Sampai bilakah kita mahu melahirkan anak bangsa yang cuma tahu mencungkil-longgok usaha orang lain dan mengakuinya sebagai usaha sendiri? Sampai bilakah pula kita mahu menjadi penipu dan seterusnya membiarkan anak bangsa kita meniru perbuatan ini sehingga mereka tidak tahu membezakan yang manakah benar yang manakah salah?
Shame on you.
Shame on you.
0 comments:
Post a Comment