Sunday, November 11, 2012 | By: Luna Biru

Kursus Pemantapan JU EMK Keusahawanan

At least inilah satu-satunya kursus yang aku hadiri untuk tahun ini setelah digugurkan jadi JU DSV atas sebab terlampau kerap keluar sekolah. Nasiblah kena hujung tahun dan tanggungjawab kepada tahun 6 dan UPSRnya sudah sampai ke titik akhir. 

Sejujurnya, aku suka dengan kursus kendalian Puan Normala, selaku urusetia sekaligus penceramah dalam kursus ni. Dia mengingatkan aku pada Puan Rose Petsy, pensyarah idolaku waktu di maktab dulu. Puan Rose Petsy banyak mempengaruhi cara mengajarku. Sama macam Puan Normala, orangnya lembut tapi tegas. Mindanya terbuka dan setiasa siaga dengan ilmu yang macam-macam. Dia menjawab setiap pertanyaan dengan rasa hormat dan menerima kritikan dengan senyuman. Dia menjadikan semua peserta sebagai sahabatnya tapi dalam masa yang sama, kita tetap menaruh rasa hormat padanya. Tiba-tiba aku teringin pula nak tahu macamana kalau dia sedang marah? Haha...


Banyak input yang berguna yang dapat digali dalam kursus ini. Aku memang setuju dengan penerapan elemen keusahawanan dalam P&P, bahkan dalam kehidupan seharian pun. Penerapan elemen ini bukan saja berguna dalam dunia pendidikan bahkan hasilnya seharusnya dapat dilihat dalam dunia sebenar. Aku benar-benar berharap agar penerapan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi mengelakkan kelahiran generasi-generasi copycat seperti yang telah kutulis dalam entry ini. 

Ia adalah tugas guru. Ya, ibubapa juga memainkan peranan penting. Tapi apalah diharap sangat dari ibubapa yang kebanyakannya datang dari pendidikan yang rendah? Kita guru, kita yang punya kelebihan dan punya pendidikan yang lebih baik dari kebanyakan ibubapa. Kitalah juga yang datang kursus setiap tahun dan alert dengan perubahan kurikulum. Maka, adalah tugas kita untuk melakukan penerapan ini agar anak bangsa kita tidak terus ketinggalan dalam bersaing di dunia globalisasi ini. Sungguhpun penerapan elemen ini bukanlah wajib kerana terdapat 3 elemen lain lagi yang menunggu ruang untuk diintegrasikan. Namun, bak kata Puan Normala, kalau lima orang guru cakap benda yang sama hari-hari, lama-lama akan masuk juga ke kepala murid. Mungkin ia akan mengambil masa yang lama. Tapi kalau kita tidak berani memecahkan ruyung itu sekarang, sagunya tetap akan terus terperangkap di dalam. 

Apapun, aku ucakan tahniah kepada Puan Normala yang kelihatan begitu kekar dan berani mengurus kursus sorang-sorang tanpa pembantu. Dia adalah lambang wanita yang layak dikagumi dan dicontohi. Well done to you...

Semoga punya ruang dan waktu untuk bertemu lagi. 

















0 comments:

Post a Comment