Sunday, November 11, 2012 | By: Luna Biru

Di hari terakhir persekolahan

Pejam tak pejam, akhirnya sampai juga ke hari tearkhir persekolahan sesi 2012. Guess inilah saat yang ditunggu-tunggu sebab lepas ni bolehlah rehat dan bercuti panjang. 

Sebenarnya hati agak gusar menghadiri MAPC hari ini sebab dalam masa yang sama aku sebenarnya terlibat dengan kursus JU di Beringgis Resort. Namun bila memikirkan janji pada tahun 6, aku beranikan juga diri untuk bolos sesi kuliah. Lebih dari itu, aku mahu menemani Anis yang agak kurang kuat menghadapi MAPC yang ternyata tidak menyebelahi dirinya sama sekali. 


Ada kesilapan berlaku sedikit dalam konfrontasi dunia pemikiran Anis. Dia beranggapan bahawa sumbangannya dalam bidang sukan (yang tak seberapa tu) akan mendapat sedikit pengiktirafan dari pihak sekolah. Ah, apalah yang kau harapkan sangat, anakku....otherwise, kau sudah turun naik pentas di awal tahun demi mengumpul medal sukan yang kau gilai itu. Tuhan maha Adil. Maka di akhir tahun, kau berikanlah peluang naik ke pentas itu untuk orang lain. Kita tak mungkin akan dapat semua. Tak perlu merasa tamak kerana di dunia sebelah sana, ada lagi manusia yang langsung tidak punya peluang sama sekali untuk menginjak pentas. 

Apapun Anis, satu saja pesan mama; kita tidak mungkin dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan di masa lalu. Tapi kita boleh menjadikan masa lalu sebagai sempadan kehidupan kita agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang. Semoga Anis dapat memperbaiki segala kesilapan yang ada di sekolah menengah nanti. You know I'm with you...

Ok. Enough. Jom sambung kursus. 









0 comments:

Post a Comment