Monday, November 19, 2012 | By: Luna Biru

Tenom Short Trip

Dan cuti sekolah pun bermula.

Ia adalah musim yang paling berharga dan sangat ditunggu-tunggu bukan saja oleh anak-anak, tapi juga oleh kami. Oh pleaselah....don't hate me because I'M a teacher ok...Inilah untungnya jadi cikgu. 

Oleh kerana kekangan kewangan yang agak kronik (tapi anak-anak pula ketagih menuntut janji), maka hanya satu trip pendek saja yang dapat dilakukan buat setakat ini, 

Untuk itu, Pedalaman Pantai Barat menjadi destinasi pilihan. 

Terdapat 3 jalan rasmi untuk sampai ke Tenom. Pertama, kita boleh jalan melalui Penampang yang akan melintasi Gunung Emas, Tambunan dan tembus di Keningau. Jalan ini merupakan jalan paling lama dan pertama dibina untuk menemukan dua daerah ini. Durasi masa untuk sampai ke destinasi agak lama iaitu dalam dua jam setengah. Kedua, kita boleh melalui Jalan Papar-Sipitang yang juga akan mengambil masa dua jam setengah. Akhir sekali, Jalan Kimanis-Keningau yang baru saja dibuka beberapa tahun lalu. Ia adalah jalan yang berisiko tinggi kerana keadaan geografi yang berbukit-bukau. Namun, ia adalah cara paling singkat dan sangat menjimatkan masa (dan of course, sangat mencopotkan jantung).




Satu lagi jalan yang masih boleh ditembusi ialah melalui keretapi. Inilah jalan yang paling tradisional dan paling nostalgik. Wanna try it? Ia pasti menjadi pengalaman indah seumur hidup. Kelak aku akan buat entry khas untuk itu. 

Jadi untuk mendramatikkan lagi perjalanan kami ini, maka kami memilih cara pertama, iaitu Tambunan-Keningau.

Perjalanan kami bermula pada jam 10 pagi padahal sejak semalam iya-iya bersumpah setia akan berangkat pada jam 8 pagi. Ketika mendaki Bukit Moyog di Penampang, kami singgah sekejap di Taman Rama-Rama yang terletak di kaki bukit. Agak malang sebab tempat ni rupanya sudah lama tutup akibat urusan penyelenggaran. Jadi kami tengok sangkar sajalah...

Kipandi Butterfly Park
Sudah agak lama tidak melalui jalan ini kerana semenjak jalan Papar-Sipitang siap. Kami telah menukar haluan kerana ianya lebih mudah dicapai tanpa perlu bertolak ke KK. Sungguhpun begitu, jalan yang telah lama kami tinggalkan ini punya sejarah manis yang tersendiri. Lazimnya, kami akan singgah di puncak Gunung Emas untuk berehat sambil menikmati kesejukan udaranya yang masih diselimuti kabus dara. 

Namun kini Gunung Emas tidaklah segah namanya lagi. Pusat R&Rnya yang tersohor itu dulu kini tidak ubah bagai sebuah majlis kahwin yang sudah tamat. Segalanya sepi dan mati. Bahkan, makcik yang sotonya sedap dulu itupun tidak menjaja di sana lagi.


Welcome here....

Satu-satunya pusat R&R yang masih bertahan di sekitar kawasan itu adalah di Gunung Alab. Ianya hanya berjarak beberapa kilometer jauhnya dari Gunung Emas. Gunung Alab telah menggantikan kehebatan Gunung Emas dan kini masih terus bertahan menjadi pusat singgahan para pengembara dan om-om pemandu lori.

Bekal jangan lupa. Nescafe tu kira dadah penyegar minda tu...bukan rutin tapi ketagihan.

Anak-anak memang sukakan kawasan gunung. Kabus tebal dan kesejukan bagai satu nada yang menyegarkan jiwa dan minda. Kami mengeluarkan segala bekal makanan yang ada dan duduk menikmatinya di pinggir padang permainan. Segalanya bagai sebuah rakaman yang dimainkan kembali. Anak-anak yang bergelak ketawa di atas buaian, ada yang berkejaran di taman dan ada yang hanya duduk memerhati sebab lebih pentingkan makan dari bermain; ada juga yang gilakan haiwan di taman mini. Hanya kali ini bezanya, kami bersama Along sekeluarga. 

Inilah keluargaku! Seburuk apapun, keluarga itu tetap memelihara kehormatan ahli keluarganya dari tercerca di mata manusia. Amin...











Setelah menyegarkan jiwa dan minda, maka kami pun meneruskan perjalanan ke Tenom melalui Tambunan dan Keningau. Sebentar lagi akan singgah ke Rafflesia Information Center dan Tugu Mat Salleh. Jom...



0 comments:

Post a Comment