Monday, November 19, 2012 | By: Luna Biru

Rafflesia Information Center, Tambunan

Gambar dan informasi lanjut di sini
Rafflesia Information Center atau nama melayunya Pusat Informasi Rafflesia terletak betul-betul di tepi jalan di lereng Banjaran Crocker. Ia merupakan pintu masuk ke hutan lindung dara disini. Pusat ini menawarkan pelbagai informasi mengenai bunga Rafflesia yang merupakan bunga terbesar di dunia. Namun, jangan silap ya, bunga rafflesia jenis besar tidak terdapat di kawasan ini kerana suhunya tidak sesuai untuk pertumbuhan rafflesia gergasi. Hanya rafflesia kecil saja yang ada di sini dan itu pun terletak jauh ke dalam hutan. Mereka yang berhajat untuk melihat sendiri bunga ini perlu ditemani oleh pegawai yang bertugas. Dan kalau nak tengok bunga bersaiz sebenar, bolehlah daki Gunung Kinabalu.


Ketika kami sampai ke sini, kami difahamkan belum ada satupun bunga rafflesia yang berkembang mekar yang menarik untuk dilihat. Sedihlah juga sebab ingatkan sebenarnya tapi sebenarnya kalau ada pun, aku rasa kami tidak akan punya masa yang banyak untuk masuk ke hutan. Menurut Encik Pegawai yang ramah itu, Bunga Rafflesia memakan waktu yang lama untuk berkembang dan hanya bisa bertahan selama tujuh hari sebelum layu dan menjadi busuk. 

Pinjam gambar di sini

Kepada yang berminat adalah untuk menjejak kaki ke sini, galeri ini terbuka setiap hari 24X7 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kalau nak tengok bunga atau masuk ke hutan pun kira 24X7 juga tapi sampai jam 2.00 petang saja. Terdapat sebuah kantin di sini yang agak sukar aku nak bezakan dengan ruang menunggu. Kalau berhajat mahu bermalam, bolehlah ke TVRC ataupun ke Tambunan Golf Resort kerana tempat ini tidak menyediakan penginapan. 





Tidak banyak kegiatan yang boleh dan sesuai dilakukan di sini kalau anda bukan seorang pencinta alam sejati. Pencinta alam sekalipun akan berfikir 4-5 kali untuk ke sini kalau membawa 10 orang budak yang berperingkat umur macam ni. Kawasan lapangan pun agak sempit sebab kawasan ni masih dalam tempoh pemuliharaan dan penambahbaikan. Akhirnya kami cuma lepak-lepak tepi tangga dan buat lawak-lawak yang boleh menggelikan hati sendiri sebelum akhirnya meneruskan perjalanan menuju ke destinasi. 







Selepas ini kami akan ke Tugu Peringatan Mat Salleh di Kg. Tibabar, Tambunan.






0 comments:

Post a Comment