Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kaki menjejak ke tanah indah ini. Rasanya ini adalah lawatan ke lima sejak diri dimateri sebagai 'orang Tenom' sejak 15 tahun yang lalu. Namun tanah ini bagai punya seruan khusus untuk sering kembali.
Sekiranya anda berpeluang untuk ke Sabah, carilah ruang untuk ke sini. Taman in merupakan salah
satu tempat kunjungan orang awam. Dengan keluasan melebihi 500 ekar, taman ini
menawarkan pelbagai kawasan menarik untuk dilihat. Laman rasmi untuk taman ini boleh diklik di sini.
Sekiranya
dari Kota Kinabalu, perjalanan memakan masa 3 jam dengan memilih samada melalui
jalan Tambunan, Kimanis ataupun Sipitang. Taman yang juga dikenali sebagai Muzium Hidupan ini terletak di Kg. Luged Sebrang, Tenom. Jarak perjalanan dari Pekan Tenom ke Taman ini adalah sejauh 12km. Taman Pertanian Tenom ini hanya dibuka pada hari Selasa hingga ahad kecuali Isnin. Bermula seawal 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Kadar
harga adalah tidak sama. Bagi yang mempunyai MYKad, dewasa adalah RM10 seorang.
Kalau pengunjung luar Malaysia, bayaran RM25. Anda mempunyai dua pilihan untuk melawat tempat ini samada mahu menaiki basikal yang boleh disewa dengan kadar RM3.00 sejam mahupun menaiki keretapi yang sememangnya percuma.
Jangan pernah terfikir untuk berjalan kaki ya....jauh tu.....
Ok, jom layan gambar-gambar kami di dalam train dan anak-anak bujang yang sudah memilih untuk mencari bahagia sendiri dengan basikal yang disewa. Kalau aku tak perlu jaga Upin & Ipin aku ni pun aku mau juga berbasikal. Lagi best, boleh kurangkan lemak.
Terdapat banyak bahagian dalam taman ini iaitu :
Living
Crop Museum
Bee Centre
Germplasm
Collection
Ornamental
Garden
Hoya
Garden
Evolution
Garden
Agro-forestry
Lake
Sapong
Lake
Rundum
Animal
Park
Jungle
Trekking
Kami tidak sempat singgah ke semua tempat terutamanya di taman haiwan. Masa agak suntuk dan kami perlu bergegas pulang ke Papar tengahari nanti. Untuk entry kali ni, aku akan pecahkan mengikut bahagian supaya senang aku nak uploadkan gambar...Ok stay with me ya,,,Love.
0 comments:
Post a Comment