Saturday, May 14, 2011 | By: Luna Biru

Senjakala....


Senjakala....
               Senjakala?
                              Senjakala.

Apa yang dapat kuperkatakan?
Ah...It's AHMAD IDHAM.
Dia yang sudah membuatku kecewa dengan Damping Malamnya.

Aku lupa.

Aku terlalu teruja ingin menonton si kacak penuh berseni Zahiril Adzim.

Apa yang dapat kuperkatakan?
Kukira filem ini terlalu buta rasa. Tawar dan tidak mampu menyengat nafsu untuk terus pekun di dada layar. Ini bukan persoalan samada ia seram atau tidak. Tapi ini adalah satu persoalan tentang  kekuataan penceritaan yang gagal dipersembahankan dengan berkesan. Pengarah gagal membawa penonton merasai jiwa filem itu sendiri. Saat-saat penting dilepaskan begitu saja tanpa satu genggaman yang mampu membuatkan penonton terus terpaku.

Atau akukah yang terlalu naif kerana gagal menghayatinya?

Ah, mana mungkinlah. Sejak dari permulaan babak lagi sudah terlihat kelonggaran filem ini. Pencarian Karlisa tentang mimpinya seharusnya menjadi nadi utama kepada filem ini. Namun, apa yang saya rasakan, kepulangan Karlisa ke kampung lebih kepada perasaan ingin menenteramkan hatinya setelah kematian tuanangnya. Perasaan ingin tahu tidak mampu dibongkar kuat di wajah Karlisa. Nasiblah dialognya berulang-ulang kali mengingatkan tentang niat utamanya. Kalau tidak, saya sendiri sudah terlupa hala tuju cerita ini.

Kemunculan Arman dalam personaliti penuh misteri juga hanya mengundang rasa pelik yang tak pernah mahu mati dalam diri saya. Riak wajahnya, lingkaran hitam di bawah matanya bahkan kedinginannya hanya membuatkan saya terbanding dengan hero Edward Cullen. Ah...jangan mengarutlah. Mana adalah orang bersaka mempunya perilaku seperti itu. Saka hanya mendamping, bukan merasuk. Perilaku Arman tak ubah seperti manusia yang sudah dirasuk.

Misteri opah juga tidak diungkap secara nyata. Penonton tidak diyakinkan bahawa Karlisa benar-benar hairan akan kehilangan opahnya pada waktu siang. Anak saya yang berumur 8 tahun pun terlihat kepincangan ini. Apalagi kita yang sudah separuh senja ni. Satu lagi babak yang dibuang begitu saja...

Bahkan, pada saat akhir tika Karlisa berkeras meminta sakanya dipulangkan pun, moment ini terlepas dari genggaman begitu sahaja. Bermula dari sebuah cerita imbas kembali dari Arman, tiba-tiba saja kita dibawa pada kedegilan Karlisa di tengah rumah. Lalu terjadilah satu pertengkaran kecil yang tidak kemana, sekadar untuk memberitahu bahawa mereka saling menyintai.

Cinta?

Maafllah, saya tak merasai sama sekali ada hubungan cinta antara dua pasangan ini. Tidak dari mata, gerak tubuh mahupun kata-kata. Bukan kerana keduanya gagal membawa watak. Tapi yah...kerana memang sesungguhnya watak itu tak ada di sana.

Skrip lakonan pula tidak membantu sama sekali memantapkan filem ini. Malah adegan seru pun tidak mampu mengembangkan bulu roma. Mantera yang disampaikan tidak mampu mengalirkan arus seram di tengkuk dan lengan. Salah Zahiril kah? Atau seruan itu sesungguhnya memang tidak mampu menghidupi watak yang diperdagangkan. 

Paling menyedihkan pada babak di sepuluh minit terakhir, saat ketua kampung bersuara memarahi Mazidah. Kalian dengarlah sendiri ayatnya. Sebuah ayat yang menyokong kekuatan saka. Seolah-olah kita manusia tidak mampu berusaha melawan. Mazidah melawan takdir? Ah...karut sungguh. Salleh menerima saka? Persoalannya, ke mana orang-orang kampung tika opah meninggal. Kenapa tidak dibacakan yassin untuk meringankan beban si opah? Tragedi lama berulang kembali? Apa tragedinya? Tak ada pula babak yang menceritakan buruk akibat sebab salah laku si opah memelihara saka di masa lalu. Tak ada huru hara yang berlaku. Tak ada sumpahan. Lalu apa? 

Akhirnya misteri cerita berakhir begitu saja setelah adegan penghalau hantu dari seorang ustaz. Tiada gema di balik sebuah perlawanan dengan syaitan. Tiada apa-apa. Kosong.

Kosong.

Ahmad Idhamkah itu?
Ya, itulah Ahmad Idham.

Filem ini untuk orang muda?
Ah....mengarutlah.

Saya terbaca penjelasannya di portal Tupai yang mengatakan bahawa dia hanya ingin membuat kelainan. Dengan bangganya dia mengatakan bahawa dia mampu membuat beratus filem seperti JPB tapi sampai bila nak buat begitu?

Ah...tak sesuailah penjelasan tu.

Katanya nak target 5-6 filem setahun. Jangan jadi Prof. Razak Mohaideen sudahlah....

Liyana Jasmay dan bibir bengkaknya?
Huhu...

p/s : Kalau Ahmad Idham terbaca entry ku ini, tolong pulangkan balik duit tiket aku RM6X7=RM42 plus popcorn n cola 8 set = RM48.00.


http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9311&c=1&s=1

0 comments:

Post a Comment