Thursday, May 26, 2011 | By: Luna Biru

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011

Selesai saja peperiksaan semester satu minggu lepas, sekolah kami mengadakan KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011. Best betul temasya sukan kali ni. Memang meriah gilak! Tapi aku tak dapatlah nak aktif sangat sebab tak brapa sihat. Lagipun, tahun ni rumah Kuning Satria Perkasa aku tu tak menyerlah langsung macam tahun lepas. Huhu...

Tahun ni menyaksikan sejarah hebat bila rumah hijau berjaya merangkul juara tahunan dengan pungutan mata 8 emas, 4 perak dan 4 gangsa. Naib johan rumah merah, ketiga kuning dan macam biasa, rumah biru kompom dapat tempat terakhir. Hihi....kesian rumah biru...

Apapun, yang menariknya ialah, puteri balapanku yang malap di sepanjang temasya sukan yang lepas, sudah kembali beraksi. Anis berjaya merebut gelaran olahragawati kali ke-2 dengan memegang pingat 4 emas bagi kesemua acara balapan. Nah...gito lho...baru anak mama. Welcome back,princess! Abe pula terkantoi di saringan lompat tinggi dan 4X200meternya. Dia hanya berjaya membawa pulang satu pingat gangsa bagi acara lompat pagar. Acik, macam biasa, si kaki bangku aku ni, Cuma duduk tepi padang dan menjadi pemerhati. Kesian pula aku tengok dia yang langsung tak mewarisi bakat sukan macam abang dan kakaknya. Tak apalah Acik, Allah tu maha adil. Dia tak bagi di sini, tapi Dia bagi kelebihan di tempat lain,kan? Apapun, mama tetap bangga dengan semangat juang anak-anak mama. Syukurlah aku sentiasa berada di sisi mereka dan menyaksikan setiap detik kejayaan dan kegagalan mereka. Semoga hari ini menjadi satu titik tolak kepada sebuah kejayaan lain di masa hadapan dalam hidup dorang. Amin....


Ni possing sebelum acara saringan balapan
Berjaya pada ketinggian 1.1meter sahaja. Tersingkir pada saringan
Anis and the geng; johan acara 4X200meter
Guru penasihat rumah kuning; Baby, Aminah dan Lina
Ni la puteri rumah kuning.
Acik ikut juga kawat terjun.
Sedang menunggu keputusan
Abe tempat ketiga acara lompat pagar
Anis, the olahragawati.


sekali lagi jadi emcee terjun. Macam biasa....

0 comments:

Post a Comment