Thursday, May 26, 2011 | By: Luna Biru

Rawatan Tradisional di Tirani Beauty and Body Care

Kepada yang berada di kawasan Papar dan yang sewaktu dengannya, jom singgah sebentar di TIRANI BEAUTY AND BODY CARE. Bertempat di Melingsung Summer Bay, Tingkat 1, Shoplot, Melinsung, Papar, kedai ini menyediakan perkhidmatan khusus untuk rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
Rawatan Tradisional, rawatan resdung, ear candle, sauna, facial and shaping dan refleksologi. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan boleh disesuaikan dengan bajet kita.

Perniagaan ni diusahakan oleh sepasang suami isteri yang sudah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Aku dah dua kali ke sini untuk mendapatkan rawatan urutan tradisional. Best, berbaloi dan sangat berkesan. Di samping membuat urutan, aku juga bawa abang dan umi untuk mendapatkan rawatan refleksologi dan resdung. Jadi, pada anda yang ada masa, jom singgah sebentar. I recommended you this place!

Ruang menunggu yang selesa

Add caption
Abang sedang buat refleksologi
Pas tu buat rawatan resdung pula
Ni sebahagian ulat yang terdapat pada redung. Hiiiii.....

0 comments:

Post a Comment