Friday, May 6, 2011 | By: Luna Biru

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Pertama)

Akhirnya tiba juga kami di Kem Pusatko Malangang,Kiulu,Tamparuli untuk menghadiri Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah dengan selamatnya. Perkhemahan ni diadakan selama 4 hari 3 malam. Setiap sekolah dikehendaki membawa empat orang murid, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.Namun malangnya, salah seorang peserta perempuan aku kena jangkitan paru-paru di saat-saat akhir. Jadi terpaksalah aku sumbatkan anak manja aku si Abe untuk cukupkan syarat walaupun dia bukan perempuan. Jadi, peserta yang ikut ialah Anis, Abe, Rex dan Syuib. 
Inilah kali pertama aku memandu sejauh ni. Selama ni paling jauh pun Beaufort saja. Punyalah susah cari tempat ni,sampai aku tersesat ke Tuaran. Huhu...lepas tu patah balik ke Tamparuli. Sesat lagi sekali meniti jambatan tamparuli yang menakutkan tu. Adeh...kurang bajet sangat ke kerajaan kita ni sampaikan tiada peruntukan nak buat jambatan yang lebih selamat. Seram wooo....bila lintas jambatan ni. Mungkin pada yang sudah biasa tak rasa apa-apa. Tapi bagi orang baru macam aku, rasanya bagai nyawaku di hujung tanduk.

Jadi bila sudah tahu tersalah jalan lagi, aku pun tanya lagilah orang kampung yang berada di sekitar kawasan. Rupanya, Malangang ni jauh lagi dari simpang Pekan Tamparuli. Jalannya pula berbukit dan bersimpang siur. Kenapa tiada orang gitau aku kawasan ni merupakan tanah tinggi ya? Punyalah sengsara aku nak naik bukit dengan berat kereta yang sudah melebihi had dan dalam keadaan hujan renyai di tengah senja. Namun, setelah sebuah perjuangan yang begitu getir, akhirnya aku sampai juga ke kem ni. Menjerit-jerit kami satu kereta bila ternampak signboard PUSATKO. Alhamdulillah....

Ketika kami sampai, aktiviti memasang kem dan taklimat sedang berjalan. Terpaksa kami menunggu hingga semua selesai untuk aktivti pecah bedungan. Aku ingatkan kami kumpulan terakhir sampai. Rupanya ada dua kumpulan lagi yang terlewat. Jadi, murid aku ditempatkan satu kem dengan kumpulan ni. Guru pengiring pula ditempatkan di hostel. Aku sebilik dengan Yatie, cikgu idaman anak aku dari Sk.Pekan,Papar. Best Yatie ni, otak pun sama gila juga ngan aku.

Selepas makan malam, peserta dikumpulkan semula di dewan untuk aktiviti suaikenal. Aku suka cara ice breaking kali ni yang diketuai oleh Cik Dhya,Jurulatih Pusatko. Setelah dihimpunkan, jumlah peserta adalah seramai 147 orang. Peserta ni kemudiannya dibahagikan kepada 12 kumpulan dengan nama bertemakan haiwan. Anis dapat kumpulan Katak, sementara Abe dan Syuib ditempatkan dalam satu kumpulan iaitu kumpulan Harimau. Rex pula kumpulan ular. Untuk aktiviti malam ni, nampaknya guru pengiring tak diperlukan sangat. Jadi, kitaorang pun layan-layanlah sembang tepi tangga.

Kami balik ke bilik jam 11.30 malam selepas supper. Aku habiskan tiga biji bun yang besar dan lazat hingga aku tertidur dengan perut yang kekenyangan. Aku harap Abe dapat sesuaikan dirinya pada situasi baru yang amat janggal padanya ini. Maklumlah kali pertama...

Anis dan Abe yang kepenatan mendaftarkan diri
Rex, Abe dan Syuaib. Satu pengalaman baru...
Akhirnya, siap sudah khemah Anis
The scene of night camp


0 comments:

Post a Comment