Friday, May 6, 2011 | By: Luna Biru

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Ketiga-Lawatan)

Aktiviti hari ni merupakan acara yang paling ditunggu oleh budak-budak ni iaitu lawatan ke Taman Hidupan Liar Zoo Lokkawi dan shopping di City Mall. Kami diberikan tugasan untuk mengiringi setiap kumpulan. Aku dapat kumpulan Ular. Kami berangkat seawal jam 7.30 pagi ke destinasi pertama iaitu ke zoo. Jauh juga perjalanan dari Kiulu ke Lokkawi sampai semua kami tertidur dalam bas (kecuali pemandulah ye...hihi). Kami sampai ke destinasi sekitar jam 8.30 pagi. Selepas taklimat pendek dari pengurus zoo, iaitu Encik Ahmad Tajudin, kami pun memulakan eksplorasi ke dalam taman. Kami diberi masa sehingga jam 11.00pagi  saja sebelum menikmati persembahan haiwan yang merupakan acara wajib diadakan setiap hari.
Aduina...manalah sempat nak jelajah semua pelusuk taman ni dengan masa sesingkat tu. Jadi aku bawalah geng bas sekolah aku ni mengeksplore apa-apa yang patut. Paling jauh pun aku bawa ke tempat Harimau saja. Lepas tu aku suruh dorang patah balik. Tak sangguplah mau jalan jauh-jauh. Tepat jam 11.00 kami berkumpul di dewan tertutup untuk pertunjukan haiwan. Aku punyalah teruja gile dengan DJ yang bertugas hari tu. Suara best, komunikasi dengan penonton pun hebat. Aku kasi lah dia 5 bintang percuma. Rasanya aku nak datang lagi esok tengok dia. Tapi yang tak bestnya tu aku telah dipilih menjadi mangsa belitan ular dalam acara bersama penonton. Ni semua Encik Tajudin@TJ punya pasal ni (dia ni kira macam kaum kerabat ipar duai ngan aku). Rasa macam mau pengsan saja aku bila DJ yang bersuara hensem berperut boroi tu suruh aku pegang ular tu. Daripada aku pegang tu ular, lebih baik aku pegang perutnya yang boroi tu. Huk! Tapi pasal tak mau kalah malu depan anak dan murid-murid sekalian, terpaksalah aku kuatkan semangat untuk ikuti persembahan tu. Semacam saja aku rasa bila ular tu mula membelit-belit di badan aku. Baunya lagi langsi semacam. Yaksss! Aku ni memang pobia binatang tau. Satu-satunya haiwan yang aku berani pegang kucing saja. Inikan lagi pula seekor ular. Oh tidak! Tapi syukurlah juga aku akhirnya dapat mengatasi perasaan takut tu dan berjaya menambirang depan anak-anak aku. Hu....sadis!

Ni pura-pura cool...
Selepas lawatan ke zoo, kami pun bergerak menuju ke Masjid Bukit Padang untuk solat Zuhur dan makan tengahari. Jam 1.30 kami bergerak ke untuk acara Shopping-shopping Malaysia ke City Mall. Susahnya bawa 12 orang budak yang tak pernah ke bandar ni. Masing-masing dengan peel sendiri sampaikan hilang dari radar pun ada. Tu belom lagi yang jatuhkan rak aksesori di kedai Pink Girlz. Adeh....sandi betul!
Sedang berzikir di dalam hati

Mogli tried to paint picture
The best DJ.
Gajah yang sedang menari-nari.
Adeh....sandi ni harimau terbirak la pulak
Sempat posing sama Anis
with Ular Group.
Anis yang kepenatan. Sian dia....
Sian tu satu budak tak pernah naik eskalator. Merayu-rayu dia mau naik balik-balik. 

Kami kena bergerak cepat pulang ke kem sebab lepas ni kena pula latih budak-budak ni untuk Malam hijau malam ni. Gini ke kerja jurulatih pusatko? Tak jadilah aku apply.

0 comments:

Post a Comment