Thursday, May 26, 2011 | By: Luna Biru

Selamat Hari Guru : Ucapan yang tertangguh

Ni mungkin agak terlewat. Tak sempat aku nak masukkan entry ni awal-awal tepat pada tarikh keramat 16 Mei 2011. Apapun, terima kasih kepada YB DATUK ROSNAH ABDUL RASYID SHIRLIN dan YB DATUK GHULAM BAHADAR KHAN atas sebuah penghargaan untuk kami warga guru di daerah Papar ini.

Sambutan hari guru peringkat daerah akan diadakan pada 27 Jun 2011. Dengar cerita, kru multimedia Papar nak buat gimik yang melatopss! Wah...tak sabar nak tunggu....!



Sebuah puisi di hari guru...

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

0 comments:

Post a Comment