Saturday, August 17, 2013 | By: Luna Biru

Perjalanan ini : Tinggalkan semua

Kalau ikutkan umi aku tau dia belum mau pulang. Kalau ikutkan aku, aku agak ragu-ragu untuk pulang memandangkan kami sudah terlalu lewat untuk memulakan perjalanan.



Namun akhirnya, kami berangkat juga setelah menyusahkan ayah dan umi Dina dengan acara makan tengahari kami yang mengejut. Kalau umiku yang kena begini, pastilah dia tanpa segan silu menyumpah seranah tetamu yang tak tahu malu macam kami. Syukurlah masih tersisa manusia yang macam Umi Dina yang tenang menguasai keadaan. Maklumlah aku sudah lazim benar hidup dengan manusia emosi yang gagal menjadi raja pada otak. Terima kasih umi dan ayah...

Perjalanan kami teruskan setelah singgah sebentar di gerai makcikku. Anaknya Saiful sudah menjadi sebahagian dari isi keluarga kami. 9 tahun Saiful tak pulang kerana rajuk-rajuk bodoh. Akhirnya Syawal tahun ini Saiful muncul bersama keluarganya di malam takbir.

Cuaca agak membantu melancarkan perjalanan pulang kami sepanjang petang ini. Aku tak mampu lelap walau hati  memaksa untuk tidur. Namun cuaca tidaklah terus menyebelahi kami. Hujan lebat turun mencurah membasahi bumi Ranau saat kami berhenti makan di Nabalu Lodge. Aku tau umi menungu lagi untuk datang ke sini menikmati bubur halia ayam. Malangnya umi tak dapat menikmati cicipannya malam ini kerana hatinya tersentuh dengan keceluparanku. Aku tidak bermaksud nak sedihkan umi sebenarnya. Apalagi sampai mahu gugurkan air mata. Niatku waktu itu hanyalah ingin bertindak menjadi penjernih keadaan bila abang marah anak tanpa keseganan untuk merendahkan suara depan umi. Malangnya niat baik itu hanya tinggal niat.

Jam 9 malam kami pun sampai ke rumah. Home sweet home....




0 comments:

Post a Comment