Friday, August 16, 2013 | By: Luna Biru

lelaki itu

Lelaki berbaju petak-petak warna biru dengam rambut belah tengah yang kujumpa di sebuah restoran di hentian tadi mengingatkan aku pada seseorang yang aku kenal dulu. Bezanya wajah yang kukenal dulu comel dengan pipi gebu. Lelaki ini pula sudah matang kulit dan wajahnya.

Mungkin kalau dia tengok aku sekarang, hatinya pun berdetik perihal yang sama. Masa sudah jauh berlalu dan memakan usia, kecantikan dan keghairahan. Namun aku yakin ada suatu yang belum berubah; iaitu ikatan hubungan seorang rakan yang sentiasa memenuhi segala kekurangan. Itulah kemuncak nilai persahabatan...

Ketika lelaki berbaju petak biru dengan rambut belah tengah itu berlalu, aku tertanya-tanya soalan yang tiada jawaban.

0 comments:

Post a Comment