Friday, August 16, 2013 | By: Luna Biru

perjalanan ini II

Kami pun meneruskan perjalanan ke Tawau setelah singgah sekejap di kampung untuk menghantar umi. Sepanjang perjalanan, aku terbayang wajah umi yang kutinggalkan sendiri di rumah kosong Mak Long kerana mahu memburu janji dengan seorang kawan lama. Kawanku yang baik hati itu sudah berjanji mahu meminjamkan rumahnya untuk kami sekeluarga menginap sepanjang di Tawau. Sedar diri menginas ehsan orang, maka terpaksalah umi menjadi mangsa keadaan...


Perjalanan Lahad Datu - Tawau mengambil masa 2 jam waktu normal. Tapi oleh kerana kami tak pernah normal sebab bawa budak2 yang asyik nak membuang, maka perjalanan itu sentiasa menjadi lebih panjang. Kami berhenti di Simpang Kunak sebab kawan aku dah janji nak jumpa di sana. Malangnya tempat pertemuan terpaksa diubah sebab kawan aku lewat pegang masanya sendiri. Hentian Balung jadi destinasi janji seterusnya. Waktu ni perut memang lapar gila. Malangnya oleh kerana ini baru raya ke 3, maka encik pemilik prenis tak sediakan apa-apa kecuali apa yang ada. Aku minta goreng telur pun dia tak mau. Apada....


Kawan aku pun akhirnya datang dengan membawa kemurahan hatinya yang memang selalu baik dari dulu. Kalau dia baca entry ni, mesti hidung dia kembang-kencup sebab dia ni jenis cepat terharu kalau kena puji. Apapun, dia memang layak kena puji sebab apa yang dia lakukan untuk keluarga aku sememangnya awesome!


0 comments:

Post a Comment