Friday, August 16, 2013 | By: Luna Biru

perjalanan ini

Perjalanan kami merentasi banjaran croker menuju ke Pantai Timur pun bermula selewat detik 10 pagi di hari Jumaat, Syawal kedua.

Hujan renyai dan kemudiannya menjadi lebat mengiring sepanjang tempoh perjalanan yang pegal. Berkali-kali kuminta abang untuk berganti tugas tapi dia berkeras mempertahankan kuasanya pada stereng kereta. Dua kali kami berhenti untuk makan. Selebihnya berhenti kerana tuntutan alam. Akhirnya kami memijak bumi Lahad Datu yang Umi cintai sekisar jam 8 malam.

Malam ini kami menumpang di rumah Ayah Noh sebab rumah rehat yang aku tempah gagal dihubungi. Diikutkan hati, aku pun tak mahu beralih tempat sebab sudah selesa bergabung bersama keluarga Ayah. Paling penting, makan minum sedia untuk dinikmati. Hehe...

Jadi,
Perlu rehatkan badan dulu sebab besok masih ada perjalanan yang perlu diteruskan.

0 comments:

Post a Comment