Friday, August 16, 2013 | By: Luna Biru

Perjalanan ini 5

Majlis Pertunangan Lan pun berakhir dengan aman sentosa. Alhamdulillah...walaupun sampai ke sudah aku tak tau nama tunangan Lan. Cet...bikin malu betol. Ketaralah aku ni the outsider tak tau menahu pasal hal family sendiri.

Oleh kerana majlis bersurai lewat, tpaksalah kami menumpang ehsan lagi untuk bermalam di sini...


Saat malam kulewati di beranda yang sepi manusia, bertumpu2 soalan hinggap dalam kepala. Patutkah aku menyesali keputusan untuk ke sini? Aku sudah korbankan rayaku, masa, wang ringgit bahkan keamananku. Sepatutnya aku biarkan saja abang pergi bersama rombongan. Banyak yang boleh dijimatkan kalau cuma dia yang pergi.

Tapi bila mengingatkan umi dan harapannya, kekesalan itu nampaknya dapat dipujuk sedikit. Apalagi bila umi sudah mendapatkan setitis bahagianya di kampung melalui perhatian yang sangat didahagakannya.

Hakikatnya, menyesal atau tidak segalanya tidak dapat dikembalikan. Aku sudah kehilangan apa yang telah hilang. Semoga Allah kembalikannya untukku....Amin

0 comments:

Post a Comment