Sunday, August 25, 2013 | By: Luna Biru

kisah cikgu pelatih

"Please lah Miss Trainee...don't teach what to do. In your age, counselling might be useful (so that you can pass your exam and get your degre), but in my age, counselling is just a piece of bullshit!"

Wow....tak sangka gila aku boleh cakap benda tu dengan cikgu pelatih yang baru bertatih nak jadi cikgu. Pastinya pengalaman ROS-nya ni jadi mimpi ngeri yang akan dia ingat sampai bila-bila.

Sebenarnya, aku tak bermaksud nak marah cikgu ROS tu. Aku pun pernah lalui saat-saat praktikal yang membuatkan kita selalu merasa betul. Waktu ni, kita terlalu bersemangat nak praktikkan ilmu-ilmu dan teori kaunseling yang baru kita belajar. Waktu ni jugalah kuta akan membuat penilaian bahawa cikgu-cikgu senior ni semuanya salah sebab tak gunakan pendekatan yang lebih ilmiah dalam mengajar budak. Pendek kata,waktu ni, yang paling betul adalah buku dan pensyarah. Balik maktab, kita akan kongsi semua hasil pemerhatian kita dan bersumpah takkan jadi macam cikgu di tempat kita praktikal.


Tapi percayalah....semua guru pun pernah bersumpah macam tu. Tapi bila dah lama dalam bidang keguruan, akhirnya tanpa sedar, kita pun sudah jadi macam cikgu yang kita kutuk dulu.

Berbalik pada kisah di atas.

Kenapa ku sampai tergamak cakap benda tu pada cikgu praktikal ni?
Sebenarnya, waktu tu aku berada di kelas 2I dan guru pelatih ni di kelas 2C. Ketika memulakan sesi pengajaran, aku dapati kelas sebelah ni bising bukan main. Mulanya aku ingatkan memang sebahagian dari aktiviyi, jadi aku biarkan saja. Makin lama, keadaan jadi makin bising dan akhirnya aku mengalah sebab aku dah memang tak boleh nak bercakap lagi. Murid-murid aku pun sudah terganggu fokus sebab asyik terdengar jerit pekik dari sebelah. Masuk minit ke 50, suasana di kelas jiran ni sudah tahap kerasukan kuntilanak. Mau tak mau aku pergi jugalah jenguk. Kalau iyapun buat aktiviti, kena consider jugalah orang lain, kan? Kalau dah buat aktiviti berlari ke memekik ke, janganlah buat dalam kelas. Boleh buat di padang atau dalam kelas muzik.

Rupanya, bila kujenguk, baru aku faham, yang bising2 dari tadi tu ialah sebab budak2 ni berkelahi sesama sendiri. Lebih mengejutkan bila aku dapati dalam kelas tu rupaya ada dua guru pelatih. Seorang budak (yang mengamuk)sedang dipujuk oleh seorang guru. Yang menyakitkan hati aku ialah bila budak tu terus saja terpekik terlolong meskipun separuh badannya berada dalam pelukan guru tu.

Yang cikgu seorang lagi, ntah apa dibuatnya, tapi aku agak sedang memujuk  budak yang jadi mangsa kelahi.

Entah kenapa aku tiba-tiba rasa marah.

Tanpa berfikir dua kali aku pun terus jerit suruh budak tu diam. Aku tarik tangannya dengan niat nak tenangkan dia dan bawa ke bilik guru. Tapi budak tu berkeras sampai terbaring-baring atas lantai. Kalau ikutkan hati mau saja kusiram budak tu dengan air macam yg ak selalu buat pada France. Tiba-tiba cikgu tu cuba leraikan pegangan tangan aku dan berlagak seolah-olah dia boleh handle benda tu.

Oh come onlah....

Kalau betul kau boleh handle, taklah sampai 50 minit kau ambil masa nak tenangkan kelas. Taklah sampai aku tak dapat nak mengajar dan akhirnya trpaksa suruh murid aku buat kerja sendiri! Paling penting, kalau betul kau boleh handle, taklah sampai murid boleh terjerit-jerit dalam pelukan kau seolah-olah kau tu benda tak berharga yang tak layak untuk dihormati!

Aku pun mula membebel dan akhirnya halau budak yang jadi punca kemarahan budak satu tu ke bilik guru. Bila budak tu hilang dari matanya, dia pun segera diam. Kelas automatik jadi senyap. See? Mudahkan? Bila ada dua budak bertengkar, segera pisahkan
 Itu cara paling mujarab. Bukannya nak praktiskan segala macan kaunseling waktu orang tengah marah. Kau gunalah ilmu kaunseling kau tu waktu orang tenang dan bersedia menerima kelembutan. Waktu2 kritikal macam ni, guna psiko!

Adeh...

Aku tak taulah apa yang dia akan bawa balik ke IPG esok. For sure dia akan jadikan aku sebagai bahan sumpah untuk buktikan yang aku salah. Tapi, macam yang aku cakap, tiada guru di dunia ni yang tak pernah alami dunia praktikal dengan sejuta harapan untuk menjadi sesorang yang berbeza. But by the end, kita semua tetaplah sama ...

P/s : aku dah minta maaf atas keterlanjuran aku pada dia
 Sekaligus explain kenapa aku marah dan betapa aku berhak untuk marah. Kegagalannya  mengawal kelas telah menyebabkan 30 orang muridku rugi pelajaran. Kalau aku pensyarah, kompom dah gagal dorang ni. Tapi tak apa, belajarlah dari kesilapan. Garang sikit bukan salah asalkan nawaitu kita kerana Allah. Kalau mak bapak kita lemut sangat pun, kita takkan sampai ke mana...

Walluaklam.

0 comments:

Post a Comment