Saturday, August 17, 2013 | By: Luna Biru

e-cosway

Tawarannya memang bagus. Kita cuma perlu melabur RM5300* untuk melayakkan kita mendapat 1000ev dan seterusnya membuat networking. Genap 10K ev, kita berpeluang mendapat sebuah premis yabg ditaja hampir sepenuhnya oleh company. Itupun setelah lulus interview dan kursus kemuncak 10hari.

Kedengarannya senang dan mudah.


Kita bergerak secara team, upline akan bantu tox sementara kita cuma perlu cari orang. Kita buat sistem  duplikasi untuk pastikan setiap kita berjaya.

Kedengarannya senang, mudah dan sangat biasa.

Tiada yang istimewa atau lebih baik. Semua upline akan janjikan hal yang sama. Tapi bila mereka sudah mendapat apa yang mereka mahukan, yang senang itu tadi sudah jadi susah. Paling-paling kita dianggap tidak tahu berdikari dan terlalu bergantung pada upline.  Come onlah. Hidup matiku bergelumang dengan MLM. Berikanlah sederet kata-kata semangat, datanglah perjumpaan-perjumpaan motivasi, bertemulah hari-hari dengan upline yang sudah jadi idola;
Namun pada suatu waktu, kita kena tetima hakikat bahawa tidak semua kita dilahirkan berjaya dalam bidang ini. Katalah aku ni negatif kerana aku sudah terbiasa menjadi optimis  yang gagal. Pengalaman adalah guru sejati yang meninggalkan kesan trauma sebagai satu pengajaran dalam hidup.

0 comments:

Post a Comment