Wednesday, August 21, 2013 | By: Luna Biru

semester bermula

Sesi persekolahan pun bermula lagi. Bermula detik ini juga, UPSR hanya tinggal dua minggu. Kertas soalan budak hasil kerja sepanjang cuti menunjukkan prestasi yang itu-itu juga. Tiada perubahan yang boleh buat aku merasa sedikit lapang.


Lawatan dari pihak PPD juga sangat menggugat rasa. Memang salahku kerana tidak mendokumentasikan hasil pembentangan tempoh harimeski sudah berkali-kali di minta. Tapi secara peribadi, melakukan pemantauan di hari pertama persekolahan bagiju sangat tidak adil. Musim sekarang bukanlah musim melakukan intervensi kerana tindakan itu telah lama dilakukan jauh sebelum dialog diadakan. Sekarang adalah masa melatih tubi calon-calon, memberi bimbingan akhir dan sekaligus memotivasikan guru. Memberi tekanan kepada guru di saat guru itu sendiri merasa tekanan bukan saja satu tindakan yang tidak adil. Malah, ia membuat guru merasa tidak dihargai dan dipercayai sama sekali. Fahamilah bahwa kami para guru melakukan tugas ini kerana cinta. Kami tahu amanahyang diberikan kepada kami dan kami sentiasa bersungguh-sungguh mengerjakannya.

Oh....nampaknya nawaitu untuk berhijrah bertembung dengan dugaan - dugaan yang menguji iman. Tetapkanlah aku pada jalan ini, Ya Allah....

Amin....

0 comments:

Post a Comment