Friday, August 16, 2013 | By: Luna Biru

eid mubarak ya syawal

Syawal pun menjelang....

Aku tidur saat fajar sudah bergaris tiga di kaki horizon dan bangun saat takbir pertama bergema. Pening dan penat terus-terusan menyelimut diri.

Ketika jemaah rumah pulang dari masjid, aku seperti biasa mengelak dari terlibat dalam acara maaf-maafan yang kuanggap hipokrit. Hati yang masih sakit sejak peristiwa kelmarin buat aku makin berdegil untuk meringankan sebuah kata maaf; samada untuk dimaafi atau memaafkan. Tapi kemudiannya, kedegilan itu memburuku dengan rungkai rasa bersalah sampai ke detik ini. Apa yang telah aku lakukan ini adalah sama sekali. Aku telah menutup peluang untuk semua orang untuk menyalamiku hanya kerana selembar ketersinggungan yang lusuh. Padahal, apalah salahnya berpura-pura seketika? Hidup itu kan pentas lakonan?


Entah kenapa aku teringatkan kisah Azazil dan Nabi Adam....Subhanallah!

Keterpenatan dan kecelaruan rasa kemudiannya menjadikan raya ini tidak lebih dari sebuah hati penayangan baju raya dan sesi bergambar. Aku merasa hambar pada semua. Berkali-kali kumaki diriku yang gagal mencairkan ego hingga gagal total merasa kenikmatan raya. Atau barangkali juga aku tak layal menikmati semua ini kerana kemungkaran yang telah aku lakukan sepanjang bulan Ramadhan...

Akhirnya 1 Syawal pun melenyapkan diri...aku pun bergelumang lagi dengan kesibukan baru...esok kami akan melakukan perjalanan jauh ke LD, Seterusnya ke Tawau. Tiba2 malam ini aku rasa semua ini adalah keputusan yang salah. Namun malangnya aku sudah terlalu jauh untuk melakukan sebarang pembatalan.

Kuserahkan segala kesilapan ini pada Mu ya Allah....mohon dibetulkan mana yang salah.

Kepada umi dan abah, Acil mohon ampun dunia akirat,
Kepada suamiku, maafkanlah kecacatanku kerana gagal memahami rentakmu,
Kepada anak-anak mama, mama akan betulkan balik langsir tradisi syawal yang telah mama koyak,
Kepada semua saudara saudari seislamku,  kumohon maaf zahir dan batin....

0 comments:

Post a Comment