Sunday, August 25, 2013 | By: Luna Biru

Pelanggan adalah raja

Seorang pekedai, pekerja kedai, pelayan, salesgirl, atau apa-apa saja manusia yang berkait dengan perniagaan adalah ibarat seorang hamba yang perlu mengabdikan diri pada pelanggannya. Of course la...pelanggan tu kan raja? Jadi setiap raja perlu dilayan, ditatang, dihormat dan disanjung-sanjung sebab nasib si hamba tu terletak di tangan si encik tuanku raja.

Jadi, tak kisahlah apa pun keadaannya, si pekedai kena bagi yang terbaik untuk pelanggannya sama ada dari segi layanan, senyuman, budi bahasa dan perkhidmatan. Kalau pekedai gagal nak berikan tu semua, maka si pelanggan ala-ala raja itu tadi berhak untuk jatuhkan hukuman samada dalam bentuk hinaan, caci maki dan tepuk tampar.

Oh....sarkastik kan?


Isu kemanusiaan dan kehalusan budi bahasa sudah tidak berguna lagi. Tegur-menegur sesama kita pun sudah tiada maknanya bila kita sudah terlalu berpegang pada prinsip itu. Padahal, seharusnya kita akur dan sedikit berlembut hati bahawa selagi kita bernama manusia, pasti ada cacatnya juga. Janganlah bertindak seolah-olah rezeki orang berada di tangan kita; dan maruah orang sudah tiada harganya semata-mata kerana kita merasa lebih berhak untuk marah.

Aku sudah lali dengan perangai manusia sebegini. Abah pun selalu berikan aku contoh ni waktu kecik-kecik dulu dan kemudiannya ajar aku balik pasal adab. Masalahnya ialah bila kita terlalu angkuh untuk menerima kelemahan orang lain seolah-olah kuasa menilai ada di tangan kita. Para pekedai pun manusia juga. Ada waktunya, pasti silap berlaku. Tegurlah dengan cara yang bijaksana. Aku pasti cara itu akan membuat kita lebih dihormat.

Wallahuaklam.

0 comments:

Post a Comment