Thursday, July 19, 2012 | By: Luna Biru

Ramadhan ya Ramadhan


Setelah puas bergelut dengan seksa gastrik beberapa hari yang lepas, dan sejak pula kelmarin penyakit tu macam tiba-tiba hilang, maka aku rasa Allah sudah membuka ruang untuk aku menyambut Ramdhan kali ini dengan redha dan mubarak. Amin. 


Sebenarnya aku gerun bila ingat Ramadhan sebab Ramadhan sinonim dengan Syawal. Syawal pula sinonim dengan bajet. Tapi rezeki semuanya di tangan Allah. Maka, sepertimana Dia mempermudahkan segala sesuatu urusan seperti sebelum ini, maka begitulah juga Dia akan memperkenankan kemudahan itu untuk tahun ini. Insya Allah...

Kepada semua sahabat-handai dan saudara-mara, aku memohon maaf zahir dan bathin. Dan semoga kemaafan dari kalian semua dapat memberikan keberkahan untuk segala amal ibadah puasaku. Begitu juga sebaliknya, semoga kemaafan kalian kepada aku menjadikan kalian manusia yang diberkahi Allah kerana mempunyai sekeping hati yang suci yang mampu memaafkan orang macam aku. Ada sedikit rasa kesal dan terkilan nun jauh di sudut hati bila sahabatku si Melati tidak menyenaraikan aku dalam wishlist Ramdhannya di laman muka buku. Tidak macam selalu sebelum ini, sebelum sebuah peristiwa yang telah merenggangkan kami, namaku sering berada dalam carta hatinya setaraf dengan bffnya yang lain. Mungkin hati Atie masih terluka dengan kisah lalu akibat sikap dan tindakan aku yang baginya telah mencabul perasaannya sebagai sahabat. Semoga hati Atie sentiasa ada untuk aku. Maaf kerana tidak mampu jadi kawan impianmu. 

Salam maaf dan salam Ramadhan untuk semua. 

Ramadhan adalah jihad menentang gastrik. Huhu...


0 comments:

Post a Comment