Ini adalah entry personal rentetan entry sebelum ini.
Persoalan pagi tadi tiba-tiba menjadikan aku berfikir sendiri. Kemudiannya, aku mulai menyedari sesuatu bahawa aku sememangnya tidak mempunyai girlfriend yang hidup bersama-sama denganku di alam nyata. Maksudnya di sini, girlfriend yang sama-sama outing tiap hujung bulan untuk pergi facial atau shopping atau girlfriend yang sentiasa menungguku di sekolah dengan hati yang berbunga. Ini termasuklah yang sentiasa menanyakan kenapa aku tidak hadir atau sekadar menanya samada aku sihat atau tidak.
Hidup ini sunyi tanpa teman. Apalagi kalau kita punya kawan perempuan yang boleh dibawa bergosip bersama. Tapi kemudiannya aku sedar bahawa aku bukanlah manusia yang layak dibuat kawan untuk sesiapa pun. Dulu aku ada kawan sebaik itu di sekolah lama tapi kemudiannya hubungan itu rosak hingga jadi hancur berkecai semuanya atas kesilapanku sendiri. 3 tahun lepas, ketika aku menemukan rakan baru, sekali lagi aku menghancurkannya. Bahkan, kawan yang aku langsung jarang jumpa dan hanya bersemuka di alam maya pun boleh hancur oleh sikap aku. Oh, aku memang tidak layak menjadi sahabat sesiapapun.
Then aku sedar bahawa hidupku hanya di kelilingi oleh 3 manusia yang menjadi sahabat baikku; abang, Along dan Umi. Mereka sajalah yang sentiasa sudi mendengar cerita-cerita bangang aku. Mereka juga yang sentiasa sudi menerima kritikan-kritikan aku. Atau mungkin sebab dorang tiada pilihan lain. Tapi sekurang-kurangnya aku bersykur juga sebab abang tak macam suami-suami orang lain yang punya kehidupan sendiri di luar. Dunianya hanyalah aku dan rumah ini. Berbelas tahun hidup sama dia, belum pernah dia keluar malam tanpa aku walaupun rakan-rakanya sibuk membawanya main futsal. Sampaikan ke gym atau jogging pun dia bawa aku. Apalagi main game di kedai, pun dibawanya aku juga. Kalaulah dia macam suami orang lain yang malam-malam keluar pergi main futsal atau badminton atau sekadar lepak di kedai kopi sampai larut malam, entah apa jadi dengan aku...mungkin boleh gila kali sebab sunyi.
Aku juga bersyukur kalau aku masih punya teman-teman baik yang hanya boleh dikontek di dunia maya. Walaupun jarang berjumpa, tapi aku tahu mereka sentiasa ada untuk aku. Tapi itulah, tuntutan nafsu kadang meminta kita untuk lebih dari sekadar itu. Kita perlukan kawan yang boleh dihadap hari-hari yang boleh dipercaya untuk menyimpan rahsia-rahsia gosip. Itu yang tidak ada dalam hidup aku.
Aku tak menyalahkan sesiapa. Memang semua salahku. Aku memang tidak layak untuk menjadi kawan sesiapapun. Termasuk si Melati.
0 comments:
Post a Comment