Saat entry ini kutaip, rumah sunyi dan lengang sebab semua umatnya pergi menunaikan ibadah berterawih di masjid As-Sobirin, Takis.
Syukurlah...4 anak sudah berjaya melaksanakan ibadah puasa pada hari pertama di tahun 2012. Dua orang sudah pegang pahala sendiri. Manakala yang dua lagi tu aku yang punya...ngeh...seronok jadi ibu.
Tahun ni aku berazam mahu bersungkai sesimple yang mungkin dan tak mahu paksa diri lagi untuk buat grand2 macam tahun-tahun sudah. Petang tadi masak spagethi, burger ayam dan ayam kuzi sebagai menu utama. Manakala puding strawbery dan air bandung pula sebagai pembuka selera. Err...kira simple ka itu?
Dan. Alhamdulillah aku dapat jalani puasa hari ini tanpa sengatan gastrik. Itulah besarnya kuasa puasa asalkan hati ikhlas dan kuat untuk menjalaninya tanpa ragu-ragu. Allah pasti membantu kita untuk terus merasa kuat meskipun masalah hidrasi yang sering aku alami agak sedikit melemaskan. Siapalah aku tanpa air...
Semoga kita terus kuat menjalani ibadah yang mulia ini. Amin...
0 comments:
Post a Comment