Terus-terang aku katakan filem ini memang sangat aku tunggu sejak tahun lalu.
Lakonan mantap Shaheizy telah mengembalikan aura Shaheizy seperti waktu dia masih aktif dalam drama tv dulu-dulu. Itulah Shaheizy yang mula-mula aku kenal dan tahu. Bukan Shaheizy yang berlakon watak yang membengangkan otak macam Aku Ada, Kau ada? atau pun Bini-biniku gangster.
Filem ni sepatutnya boleh menjadi lebih mantap kalau skrip dan jalan cerita diadun dengan lebih teliti. Kronologi cerita sudah cukup menarik. Teknik imbasan yang digunakan mampu membuat kita terus betah bertahan dengan segala macam persoalan. Aksi pergaduhan juga tidak mengecewakan. Penulis punya kecenderungan untuk teknik sebab dan akibat. Tapi sayang, sebab kepada akibat itu tidak ditulis dengan begitu teliti hinggakan kita mulai merasai ketidaklogikan yang mengakibatkan kepada pergaduhan-pergaduhan yang hebat itu.
Elemen sebab dan akibat ini kemudiannya berada di puncak ketidakpuasan bila kita mengetahui sebab kenapa Alang membunuh teman wanitanya, Julia. Alasan terlalu kecil untuk membuat Alang merasa tidak bersalah pada perbuatannya. Pengkhianatan Julia sepatutnya diperbesarkan dan pembunuhannya seharusnya lebih didramatikkan. Tapi akhirnya pengarah mengambik jalan mudah untuk menutup cerita dengan cara yang meninggalkan kesan kerut di dahi penonton. Bak kata anak aku, Arin yang baru berumur 14 tahun; Kenapa macam tak kenyang tengok filem ni? Macam perut sebelah kanan saja yang kenyang tapi sebelah kiri belum kenyang lagi...Hmm...aku suka melankolik bahasanya.
Lalu pada akhirnya, aku semakin memahami bahawa kelemahan filem kita ialah tetap berpaksi pada dua arah yang sama:
Pertama, terlalu berghairah menghasilkan filem. Ini banyak berlaku pada filem keluaran MIG. Mungkin sebab nak tunjuk kehebatan depan David Teo.
Kedua, pemurnian skrip kurang dititikberatkan yang penting filem siap.
Apapun, filem ini bagus. Dan sepatutnya, ia jauh lebih bagus dari ini.
0 comments:
Post a Comment