Sunday, July 1, 2012 | By: Luna Biru

,Keinsafan

Aku percaya pada keinsafan.

Keinsafan itu anugerah Allah. Dia boleh memberikan HidayahNya kepada sesiapa saja yang diinginkanNya. Dan ya, asal saja khalifah itu benar-benar jujur mahu berubah dan ikhlas untuk berasa insaf. 

Tapi ada kalanya kita kena akui bahawa ada manusia yang tak benar-benar insaf. Atau sebenarnya dia insaf tapi keinsafan itu tak kekal mana. Kadang-kadang, bila manusia itu tersepit antara musibah lalu diasak dengan beberapa faktor pendorong untuk insaf, maka Nur itu pun hadir dalam dirinya. Tapi sayang Nur itu pula tidak dizikir dengan baik maka dengan sekejap maka lenyaplah ia dari Qulbi hingga syaitan mula merajai kembali kursinya. 

Kita tidak dibenarkan untuk menilai manusia. Apalagi menjatuhkan hukum sedang sebaik-baik wali dan hakim itu adalah Dia, yang Maha Perkasa. Tapi Dia yang pengasih itu juga mengurniakan kita akal untuk berfikir dan hati untuk merasa sama ada keinsafan itu benar-benar ada atau ada, tapi tiada. 

Wallahuaklam. 

Hanya Engkaulah yang lebih mengetahui. 

0 comments:

Post a Comment