Tuesday, July 10, 2012 | By: Luna Biru

Program 1M 1S 1 Malaysia Sk.Surati 2012


Program tahunan 1M 1S 1M tahun ini dilancarkan pada tarikh 10 Julai 2012. Aktiviti tahun ni ialah senamtari yang diadakan serentak seluruh negara. Tahun lepas program yang sama berlangsung buat kali pertama pada 1 Julai 2011 dengan mengadakan larian serentak 1M. Waktu tu, acara terbuka kepada seluruh warga Malaysia di mana ibubapa/penjaga dan individu terlibat secara langsung. Tapi nampaknya tahun ini program ini lebih tertumpu kepada murid sahaja. 


Bezanya juga tahun lepas sekolah kami terpilih menjadi wakil ke padang pekan. Tahun ni giliran sekolah lain pulak. Program dijalankan bermula jam 8.00pagi hingga selesai senamtari dengan durasi masa 35 minit. Tahniah pada komitment padu warga Surati dalam menjayakan program ini. Tahniah juga pada cikgu-cikgu yang mampu menyudahkan senamtari ini tanpa henti. Aku? Kantoi...hehe...

































0 comments:

Post a Comment