Monday, July 23, 2012 | By: Luna Biru

Perjuangan di Ramadhan

Cuaca yang panas menyengat di hari ketiga di bulan Ramadhan. Bukan merungut. Tapi benar. Cuaca yang panas ini benar-benar menguras seluruh tenaga zahir dan batin. Kagum dengan murid-murid yang masih steady lagi siap boleh main kejar-kejar. Bila ditanya puasa ke tidak, jawab dorang puasa. Aku mahu naik tangga ke tingkat dua pun sudah macam hidrasi kronik. Oh, terimalah hakikat bahawa diri sudah tua dan uzur. 

Aku ingat hari terakhir di Syabaan, hujan turun mencurah-curah. Agaknya itulah petanda hari penuh perjuangan bakal tiba. Yalah juga. Kalau hujan turun di bulan Ramadhan, macamana peniaga bazaar nak cari rezeki, kan? Ramadhan adalah bulan ibadah untuk setengah manusia. Manakala setengahnya lagi adalah bulan mencari rezeki. Teringat lagi mi kari dan laksa berserta bubur ayam dan bubur kacang yang diberikan oleh sepupuku semalam, hasil jualannya yang tidak habis di bazaar. Kasihan peniaga. Aku pernah lalui musim sedih begitu dan aku faham apa rasanya pilu. 

Marhaban ya Ramadhan. Kalau Rasulullah berperang suhud di bulan ini menentang penjahil demi syahid, alangkah lemahnya iman kami yang sudah lelah menentang malas dan kantuk hanya kerana sebuah panas yang terik. 

Petang ni masak apa lagi ya? 

0 comments:

Post a Comment