Keluarga itu macam jari-jari tangan. Setiap satunya saling memerlukan. Setiap satunya punya peran. Tak kira sekecil mana. Tak kira di kedudukan apa.
Luka satu jari, maka rosaklah rutin kehidupan. Mungkin kita tak sedar betapa pentingnya peranan setiap satu, hinggalah salah satu dari jari kita terluka.
Begitupun setiap ahli dalam keluarga.
Mungkin sewaktu dia ada, kita anggap dia menyusahkan, membosankan dan sangat menyakitkan hati. Tapi bila dia tiada, baru kita sedar betapa besarnya peranannya dalam hidup kita selama ini. Betapa manusia yang sangat menyusahkan itu sebenarnya sangat berjasa dalam memudahkan urusan kita selama ini. Namun kita tidak pernah sedar hinggalah saat dia tiada. Saat itu, barulah kita mulai terkial-kial memulai kembali rutin kita yang telah mulai rosak.
Aku tak akan ingatkan betapa kita seharusnya menghargai setiap ahli dalam keluarga kita kerana aku tahu kamu semua tahu harga dan nilainya. Aku cuma mahu mengingatkan sesakit manapun hatimu pada ahli keluargamu, janganlah terus meletakkan benci pada neraca kiri. Seperti kelingking, kita masih tetap tidak sempurna tanpanya.
0 comments:
Post a Comment