Saturday, July 14, 2012 | By: Luna Biru

Filem-filem


Cantik sentuhan Pierre dalam filem ni. Sungguhpun sesekali terganggu dengan ekspresi wajah si Mia yang on off penghayatannya, tapi aku kira filem ini punya satu kelainan dari filem-filem cinta klise. Macam satu kesinambungan dari salah satu uraian dalam filem Sepi. Filem ini menebus rasa menyampahku pada filem Chantek. Pierre mampu menyuntik rasa romantik dan nilai kasih sayang yang terombak sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa. 

Aku suka kesimpulan yang diikat di akhir cerita;
"Allah tidak semestinya memberikan apa yang kita mahu. Tapi Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlu,"



===========================================================

Baiklah. Inilah yang aku maksudkan sebuah filem yang terlalu dipaksa-paksa untuk kita merasa romantik dan berjiwa-jiwa. Bermula dengan kisah dua sahabat yang berkasih atas dasar cinta platonik. Ok. Aku tidak akan mengulas jauh. Cuma sesungguhnya memang agak sangat terganggu dengan tahap sosial yang keterlaluan rasanya. Oh maaf, aku sudah tua agaknya maka agak sedikit tradisional. Tapi hakikatnya, sesuatu yang terlalu dipaksa itu nampak kurang semulajadi sifatnya. Syukurlah runut bunyi begitu menarik hingga boleh dikatakan sebagai daya penyeimbang yang baik untuk filem ini. 

Aku suka pengajarannya:
Lelaki gunakan istilah persahabatan untuk memulakan hubungan yang lebih serius. Tetapi perempuan gunakan istilah persahabatan untuk memutuskan hubungan.

Macam pernah kudengar, tapi di mana ya?

===========================================================

Ini adalah filem paling carca-marba yang sangat membuatkan kau bengang bila menonton. Sampai hati dorang buat filem macam ni. Sampai hati dorang habiskan duit dan masa aku untuk menonton filem ni. Sampai hati Shaheizy berlakon dalam filem ni. Terfikir juga di kepala aku kalau filem ni ditaja oleh kerajaan Korea sebab dalam banyak scene yang lebih difokus adalah suasana indah Korea berbanding filem itu sendiri. Tak kisahlah si pengarah baru pertama kali mengarah sebab ini bukan soal arahan. Pelakon dah buat kerja dorang. Masalah besar filem ni adalah jalan cerita dan skrip. Takkan tiada quality control? 

Hebat kalau berduit, boleh suka-suka buat filem. Projek filem pendek kami untuk Hari Guru tahun ni dibatalkan sebab tiada bajet. Kalau aku hantar skrip tempat MIG agak-agak boleh laku tak? 

=========================================================================

Filem ni terbahagi kepada dua bahagian. Aku tiada masalah pada bahagian satu yang sangat indah susunannya. Mengambil latarbelakang kisah anak-anak jalanan di lorong Chowkit yang kumuh barangkali sudah terlalu klise bagi peminat cerekarama. Namun filem ini memberikan sentuhan yang berlainan. Ia tidak membawa kita pada hidup yang sekadar hidup tapi juga nilai kasih sayang dan persahabatan yang berbeza sudut pandangnya. Sayang pelakon-pelakon cilik kurang beremosi dan masih kelihatan kaku hingga meninggalkan banyak ruang-ruang kosong yang lompa. Lebih sayang lagi kalau pengarah atau penerbit tidak berani mengambil risiko untuk memperpanjangkan filem ini hingga terpaksa memisahkannya kepada dua bahagian. 

Bahagian kedua, aku setuju dengan Shafizah; Takde pun tak pe

===========================================================

Ok nanti update lagi

0 comments:

Post a Comment