Aku tak mau komen keras-keras pasal logo merdeka 2012 ni sebabnya semua blogger sudah mewakilkannya untuk aku. Hehe...
Namun, secara peribadinya, logo yang lebih berbentuk seperti poster ini memang amat mengasihankan. Kalau dibincang dari segi teori seni pun memang sudah sememangnya keluar dari prinsip logo. Tapi mungkin sebab pencipta logo ni tak ada ijazah seni ataupun tak ambil langsug subjek seni waktu form 5, maka dia pun tak faham apa-apa pasal teori seni. Tapi, kalau pun si pencipta logo ni tiada langsung ilmu pasal seni, takkanlah manusia yang meluluskan logo ni pun sama juga tak berilmu macam dia,kan?
Ataukah, pihak atas-atasan kita sudah tiada masa untuk buat pertandingan mencipta logo kemerdekaan macam dulu-dulu sebab sibuk berpolitik lalu menerima apa saja yang ada depan mata tanpa mempedulikan kemurnian dan kewajaran?
Rasanya logo ni lebih sesuai dijadikan bahan edaran untuk murid tahap 1 di sekolah aku untuk pertandingan 'Mari Mewarna'.
Kebetulan aku sedang ajar murid aku pasal logo dan baru mahu merancang untuk buat pertandingan mencipta logo sempena Hari kebangsaan tahun ni. Aku sudah tunjukkan ciri-ciri logo dan koleksi logo-logo merdeka sejak 10 tahun lepas. Jadi, waktu nak tayangkan logo ni sebagai bahan BBB, aku jadi ragu-ragu pulak. Tapi malangnya, murid aku sudah google dulu dan dengan mudahnya mereka mulai mempertikaikan teori pengajaran aku tentang prinsip antara logo dan poster hanya kerana logo merdeka yang agak mengelirukan ini. What should I explain to them?
Dan oh...secara peribadinya lagi, aku agak membantah penggunaan istilah 'Janji Ditepati' yang agak menganggu emosi. Kalau semak lirik lagu pun jadi makin nampak kecelaruan 'Janji ditepati, ini masa balas budi,'...so sad...
Aku bukan seorang pembangkang. Aku adalah penyokong tegar. Tapi kita hidup di bumi nyata. Kalau sudah memang salah, salahlah. Kalau sudah betul, betullah. Kenyataannya, istilah ini sama sekali tidak bersifat patriotik dan tidak mencerminkan semangat nasionalisme. Ia membuatkan aku merasa hidup di zaman kapitalist di mana kita adalah rakyat jelata yang berasal dari kaum petani yang sedang ditakluki oleh golongan bangsawan. Tanpa golongan bangsawan yang membeli hasil tuai petani maka hancurlah hidup kaum petani. Oleh itu, kaum petani mesti membalas jasa golongan bangsawan dengan mengabdikan diri sebagai rakyat yang setia. Ia membuatkan aku teringat filem The Hunger Game....
Mungkin PM ku yang paling handsome di abad ini itu perlu menukar istilah Janji ditepati itu kepada sesuatu yang lebih bermakna dalam misi kembaranya ke seluruh Malaysia. Rasanya, 4 PM sebelum ini juga sudah menjalankan tugas mereka dengan baik dengan menunaikan segala janji tanpa perlu menuntut rakyat untuk membalas budi. Ia adalah komitment. Sama seperti seorang ibu yang memberikan seluruh hidupnya untuk anak-anaknya. Tidak wajar si ibu menuntut budinya dibalas. Kalau anak yang diasuhnya itu dididiknya dengan ikhlas, si anak pasti akan membalas semua hutang budinya tanpa perlu ditagih-tagih. Itu namanya keikhlasan.
Wallahuaklam...
Errr....aku akan kena band ke pasal benda ni?
0 comments:
Post a Comment