Friday, July 20, 2012 | By: Luna Biru

Kalaulah teacher punya kuasa....(entry khas untuk murid-muridku)


Pagi tadi sewaktu dalam kelas tahun 5, terjadi satu peristiwa yang membuatkan aku jadi berleter panjang. 

Ianya bermula bila aku membahagikan kumpulan untuk membuat projek khas sempena tema The World of Stories. Pelajar lelaki memang tiada masalah kalau bergabung dengan mana-mana kumpulan. Lain halnya dengan pelajar perempuan. Mereka lazimnya enggan memberikan kerjasama dengan ahli kumpulan yang bukan dari kalangan BFF mereka sendiri. 

Maka marahku pun bermula. Tapi jangan silap ya. Bukan marah yang berapi-api tapi marah yang ala-ala penceramah kaunseling untuk terapi self-esteem. Intipati isi ceramahku menjurus kepada konsep BFF yang diamalkan yang sudah agak lari dari istilah sebenar rakan karib. 


Kebanyakan pelajar atau individu yang mengamalkan konsep ini biasanya mengenakan peraturan-peraturan lisan yang hanya merugikan diri mereka sendiri untuk jangka masa panjang. BFF selalunya mempunyai percaturan janji yang perlu ditaat setia hinggakan kalau salah seorang terlanggar janji tersebut maka ianya akan dibuang dari menjadi ahli jemaah. Istilah BFF ini rasanya tidak sama dengan istilah 'my best friend' sebab rakan karib ialah satu perhubungan yang tidak perlu diikrar kerana ianya terjadi secara semulajadi. Kebanyakan pelajar yang mengamalkan konsep BFF ini lazimnya mempunyai personaliti yang sama seperti semuanya cantik atau semuanya tak cantik; atau semuanya pandai atau semuanya tak pandai atau semuanya jenis glamour dan tak glamour. Lalu kemudiannya mereka mewujudkan rangakaian trademark sendiri seperti pakaian yang sama atau sikap yang sama. Pergelutan berlaku bila salah seorang ahli mempunyai personaliti sedikit berbeza yang kemudiannya menghadapkannya dengan krisis identiti yang teruk. 

Konsep BFF ini sebenarnya diwujudkan oleh kumpulan Cheerleaders di High School. Kemajuan dunia maya menjadikan konsep ini menular ke negara kita seperti menularnya budaya gay dan lesbian. Anis sendiri pernah terkandas dalam dunia BFF ini tahun lepas. Perjanjian untuk sehidup semati mereka telah menjerat dia hingga sanggup melakukan beberapa tindakan bodoh yang hanya merugikan dirinya sendiri. Syukurlah Anis cepat sedar. Dan aku masih ingat betapa teruknya keadaannya bila menyedari betapa dia telah memperbodohkan dirinya selama ini hanya kerana sebuah perhubungan yang tidak jujur. 

Kalaulah teacher punya kuasa, teacher pasti akan menghapuskan konsep BFF yang bodoh ini. Kepada murid-muridku, ingatlah sahabat sejati itu bukanlah terjadi atas istilah ikrar sumpah setia. Ia berlaku secara semulajadi, lahir dari sebuah hati yang suci. Ia seperti sebuah hubungan cinta antara dua manusia, lelaki dan perempuan. Ianya tidak perlu dipaksa dan tidak pula perlu diikat dengan segala macam peraturan. Bahkan, cinta yang diikat dengan janji dan kontrak pun pasti tidak akan kemana kerana ia bukanlah juga lahir dari hati yang suci. Janganlah keranan 5-6 orang geng BFF, kamu kehilangan peluang untuk berkawan dengan 275 orang murid lain di sekolah. Sahabat yang baik akan sentiasa bersama dalam susah dan senang. Dia mampu menerima kamu seadanya dan kamu juga mampu menjadi diri sendiri dan menerima dia dengan segala kekurangannya. Sahabat yang baik adalah manusia yang menjadikan kamu manusia yang lebih baik. Sahabat yang baik tidak akan menuntut kamu untuk terus menjadi keldai hingga kamu kehilangan kuasa untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Sahabat yang baik itu tahu bahawa kamu dan dia sentiasa ada untuk semua perkara tanpa perlu menyekat kebebesan hingga kamu sentiasa diburu rasa takut untuk menegur orang lain. 

Percayalah. Teacher juga pernah menjadi kanak-kanak. Teacher juga pernah berada di dunia kamu dan berusia seperti kamu. Teacher juga pernah mengalami perkara yang sama. Teacher juga pernah melakukan kesilapan dalam istilah BFF hingga disingkir dan dipulaukan. Syukurlah abah teacher ada untuk memperbetulkan keadaan. Dan hari ini, teacher berada ditempatnya manakala kamu adalah teacher yang kecil dulu. Memang. Di usia sekecil itu, tiada kawan adalah perkara yang amat menakutkan. Namun percayalah. Percayalah murid-muridku; best friend itu susah sekali dicari dan ketika kau menemukannya, kau akan tahu bahawa ia sama sekali tidak sama dengan istilah BFF yang kamu amalkan. 

Dan percayalah. Lelaki takut sama perempuan yang ber BFF. 

Mungkin agak awal untuk kamu memahami ini semua. Tapi simpanlah semua nasihat teacher. Nanti suatu hari bila kamu sudah dewasa, kamu pasti akan memahaminya. 

Kepada sahabat yang baik padaku, terima kasih kerana menjadi sahabatku. Aku tahu kamu selalu ada untukku. Insya Allah...







p/s : BFF is bullshit

0 comments:

Post a Comment