Saturday, February 4, 2012 | By: Luna Biru

Cerita si Abe Haiqal

Semalam Abe mengadu pasal adiknya si Acik dengan dialog sebegini;

"Mama...tengok Acik ni. Dia telah mempergunakan airmatanya dan tangisannya untuk mendapatkan apa yang dia mau. Dia tau kalau Abe mengalah kalau dia mula menangis. Jadi dia terus buat benda tu balik-balik. Tapi mama, sampai bila Abe mau mengalah? Cuba mama cakap lu sama Acik jangan pergunakan airmata dia tu untuk simpati orang,"

Aku terkedu mendengar aduan itu.

Bukan sebab aku terkejut dengan isu aduan. Hal itu memang sangat aku maklumi. Acik memang sedikit throwing tanthrum budaknya. Dia memang selalu menggunakan cara sebegitu untuk mendapatkan keinginannya. Sedikit, maksud aku di sini ialah dia tidak sampai macam budak yang dalam video aku linkkan di bawah ni. Tapi sorry ok. Apapun istilahnya, sedikit atau banyak, cara macam tu memang tak masuk langsung sama aku. Dan bagi aku, budak-budak yang teramal budaya ni adalah budak yang tahu siapa yang dia boleh 'makan' atau tidak. Acik tahu kalau dia tak boleh 'makan' aku jadi dia tidak pernah guna cara tu untuk aku. Tapi dia akan terus melakukannya untuk orang yang dia rasa boleh 'dimakannya'. Jadi dalam kes ini, mungkin Acik rasa Abe adalah salah seorang mangsa makanannya.

Jadi apa yang buat aku terkejut?

Sebenarnya, aku lebih terkejut dengan penggunaan bahasa si Abe yang begitu tersusun tatabahasanya. Cuba baca balik ayat di atas dan aku rasa untuk budak berumur 10 tahun macam si Abe. penggunaan ayat sebegitu agak high class bunyinya. Hahaha....

Abe ni memang unik sikit orangnya. Aku suka cara dia berfikir dan aku suka bila dengar dia marah orang. Hidupnya berlandaskan logik dan rasional. Setiap kesalahan perlu ada penjelasan samada dia yang lakukan atau orang lain yang lakukan. Aku suka bila dia mengajukan setiap persoalan tu dengan nada yang agak tegas tapi masih dalam rating volume yang sederhana.

Suatu hari dia pernah marah kakaknya Anis, dengan dialog sebegini;

"Cuba kakak explain dulu sama Abe apa alasan terbaik kakak tukar beg sekolah kita tanpa keizinan Abe terlebih dahulu? Kakak tahukah Abe panik bila tengok beg Abe hilang dan yang ada cuma beg kakak. Kakak nda fikirkah betapa susahnya Abe cari beg Abe? Cuba bila buat sesuatu tu fikir dulu pasal orang lain dan bukan kesenangan sendiri saja. Sekarang, explain sama Abe. Abe nda puas hati betul ni,"


Aku masih ingat macamana terpinga-pinganya Anis cuba menjelaskan keadaan waktu tu. Akhirnya, Anis cuma mampu meminta maaf dan mengakui kesalahannya tanpa sebuah penjelasan yang masuk akal.

haih....Abe...Abe...

Oya, aku pantang jumpa budak atau orang jenis throwing tantrum. Anak-anak aku kempunanlah mau amalkan budaya busuk ni sama aku, termasuklah anak murid aku. Jangan haraplah dorang akan jadi 'tuan' pada aku. Aku takkan ikut cakap dorang sampailah dorang diam dan minta baik-baik dengan aku. Mahu hentak-hentak kaki sambil teriak-teriak? Boleh blah. Aku hairan kenapa mak bapak sampai terbiar anak jadi macam ni. Terlebih dimanja bah kali. Sepatutnya, dari awal lagi sudah dibanteras benda ni supaya tak jadi budaya si anak seawal usia 2 tahun lagi. Budak-budak tahu cara mengeksploitasi kelemahan orang tua dari dorang baby lagi tau!

Sebenarnya semua budak ada benda ni. Terserah dari kita macamana mau kawal. Aku tak kata aku pandai jaga anak ok. Tapi sekurang-kurangnya anak aku tidaklah menjadi diktator yang mampu mengawal aku. Ingat, kita tak hidup selama-lamanya. Esok lusa mati, menangislah orang nak jaga anak kita yang ada sikap macam ni.Cuba amalkan surah Ar-Ruqyah untuk melembutkan hati si anak.

Tengok video di sini. 

(Tetiba ja aku terfikir aku menulis entry ni pasal cerita si Abe ka pasall trowing tanthrum ah?)

2 comments:

Atie said...

Abe memang salinan kau zue....

aku yakin, satu masa nanti dia bakal jadi penulis hebat seperti kau. aku harap aku masih hidup untuk membaca hasil karyanya kalau dia jadi penulis.

Luna Biru said...

Insya Allah Tie...

Post a Comment