Monday, February 20, 2012 | By: Luna Biru

Prejudisme mangsa aniaya

Oh, ini adalah kesinambungan kepada entry prejudisme sihir kelmarin.

Maaf sekali lagi bernada merungut.

Ternyata, ketaksuban menjadi mangsa sihir bukan saja jadi perkara yang menyebalkan dalam hidupku. Tapi tentang satu hal ini juga. Ianya tentang jenis manusia yang begitu teruja merasakan dirinya menjadi mangsa penganiayaan orang lain.


Aku tak tahu kenapa. Tapi manusia begini selalu mencari sebab untuk merasa dirinya mangsa penganiayaan. Ada-ada saja alasan untuk dia harus merasa terlibat dalam sesuatu perkara. Sampaikan hal yang tidak bersangkut paut dengan dirinya pun boleh dikaitkannya dengan dirinya. Yang penting, dia tetap mahu menjadi mangsa kepada sumber kejahatan orang lain.

Soalan yang sama ingin kutanya; Hebat sangatkah rasanya menjadi mangsa penganiayaan hingga selalu merasa perlu untuk dianiaya? Manusia-manusia begini selalunya akan melanjutkan tindakan mereka dengan kesedihan yang melampau-lampau, lalu cuba meraih simpati orang lain dengan bertanya; mengapakah aku ini selalu dianiaya orang?

Errr....Sebenarnya, tiada siapapun aniaya engkau. Engkau yang cari pasal sendiri. Terlalu taksub untuk meraih simpati dan menjadi bahan sasaran perhatian dari manusia-manusia dalam alam Tuhan.

Awak....
Boleh bayangkan tak kalau prejudisme sihir dan prejudisme mangsa aniaya ini bergabung dalam diri satu individu....(?) Mudah-mudahan aku tak bakal menjumpai pergabungan kedua budaya ini dalam diri seorang manusia. Cukuplah ia berlaku dalam dua manusia yang berbeza.





























(psss...aku menyindir! Sarkastik!)

0 comments:

Post a Comment