Anis berjaya merangkul pingat emas bagi acara lompat pagar yang melayakkannya ke daerah. |
Berlangsunglah temasya sukan MSSD Zon Pekan petang tadi di padang SMK Majakir, Papar untuk hari pertama. Hari ini menyaksikan acara saringan bagi lari pecut 100m, larian berpagar dan juga acara padang. Sekolah kami yang tercinta hanya berjaya membawa pulang 1 pingat emas hari ini yang diraih hasil pecutan Anis bagi acara lompat pagar 80m. Tahniah sumandakku...esok berentap lagi bagi acara 4X100m. Anis gagal dalam saringan 100m meskipun itulah acara utamanya. Sebab gagal tersangatlah poyo sebab Anis tersilap memahami istilah 'percubaan' dan 'saringan'. Ia adalah kekalahan yang sangat menyakitkan hati sebab aku tahu pencapaian Anis memang terbaik. Entah macamanalah dia boleh salah penerimaan hinggakan pada acara saringan itu dia berhenti sebelum garisan penamat.
Si Abe pula tak habis-habis dengan takutnya. Dari waktu latihan takut sampailah ke hari ni tetap juga takut. Kena kasi mandi bunga budak ni supaya berani sikit. Ini pun agak mengecewakan sikit sebab aku sendiri latih Abe dan dia boleh pecut lebih baik dari Anis sebenarnya. Tapi perasaan takut lebih menguasai dia berbanding kenekadannya untuk menang. Mudah2an esok Abe boleh cover balik bagi acara 4X200m.
Temasya kali ini menyaksikan SK.Pekan menguasai pungutan pingat dalam hampir semua acara. Sk.Pekan disaing hebat oleh Sk.Pengalat Besar. Esok acara pasti lebih meriah lagi dengan acara kemuncak pertandingan akhir lari 100m, 4X100m dan 4X200m. Paling meriah sudah tentu saja pertandingan perbarisan. Tahun ni aku kena bagi rilek sikit dari mengetuai skuad perbarisan. Jawatan itu telah dikembalikan semula kepada TKRS. Tahun lepas, sekolah kami berjaya merangkul pingat perak bagi acara perbarisan di bawah jerkahan aku dan si Fai.
Namun, ada sedikit kecacatan yang terjadi dalam temasya ini yang membuatkan beberapa pihak agak berkecil hati, teruatamnya dalam acara lompat pagar. Terdapat 6 lorong disediakan tetapi peserta pula ada 8. Apalagi, bersesaklah budak2 ni berusaha berebut palang sampai ada yang bertolak-tolak dan terjatuh. Si Abe sendiri terpelanting jatuh siap boleh buat demo effect slow motion lagi. Sampai di hujung pagar, semuanya berebut menghabiskan lompatan. Ia mengingatkan aku pada sekumpulan kerbau mengamuk yang merempuh pagar sawah arwah mak ngah aku dulu. Berdebuk2 bunyinya.
Sungguhpun aku langsung tidak berpeluang untuk menyinggah ke padang ini sepanjang tempoh P&P dijalankan (sebab hari ni masa aku ada 10 periods ok!), namun aku bersyukur sebab aku sempat bersama budak2 ni dalam dua acara terakhir dorang. Esok pun aku tidak akan ada kesempatan lagi dan aku pastinya aku terlepas peluang untuk menonton acara kemuncak. Tahun depan kena apply jawatan jadi tukang buat airlah nampaknya supaya aku boleh terlibat dalam acara ni.
Ok. Sekian dulu laporan gue. Untuk laporan rasmi dengan bahasa baku bolehlah jenguk blog sk.surati k.
Look at Anis! Jauh meninggalkan pesaingnya di belakang. |
Anis with the team. Abe bernombor 333. |
Please ignore my tired face ok. Betul2 penat oooo.... |
Anis dan Haniza |
Yang ni final episode yang melayakkan Anis meraih pingat emas. |
1 comments:
AHHAHAHAHAHAHA ANIS GOT GOLD MEDAL? JUST TELL THE TRUTH LA AIYOOO
Post a Comment