Thursday, February 16, 2012 | By: Luna Biru

Dinding

Kadang-kadang, bila kita sedih, kita cuma perlukan seorang kawan untuk mendengarnya. Sekadar mendengar agar segala yang terbuku dapat dibebaskan. Sama macam bila kita marah, maka kita akan meluahkannya dengan seseorang. Dan seseorang itu tidak perlu pula mengambil sebarang tindakan dengan menyampaikan kemarahan kita pada orang yang kita sebalkan. Sebabnya, segala kesedihan dan kemarahan itu akan hilang sekejap lagi bila segalanya sudah terluah. Tapi lazimnya, manusia tak berapa suka jadi sekadar pendengar. Mereka lebih suka mengambil keputusan untuk menjadi peguambela dan kemudiannya melakukan tindakan yang hanya memperpanjangkan masalah. Itulah yang terjadi kalau kita silap memilih rakan kongsi.


Dan itulah kesilapan yang sering aku lakukan.

Kata Along, aku jenis yang terlalu cepat mahu berkongsi sampai aku tak peduli dengan siapa aku mengongsikannya. Siapa saja yang berada dekat denganku, pasti jadi mangsa tempatku melempiaskan kegawatan emosiku. Aku tidak mengambilkira selamat atau tidak segala luahan yang aku kongsikan. Aku juga tidak mengambilkira langsung siapa penerima itu yang penting, aku terbebas dari beban perasaan. Sebab itulah dari kecil lagi Along berikan aku diary supaya aku boleh meluah perasaanku di sana. Lagipun katanya, dalam banyak hal, bila aku berkongsi perasaan, aku tidak memerlukan langsung pendapat orang lain. Aku hanya sekadar ingin meluah, maka diary adalah satu alternatif. Dalam dunia ICT ni, Susan perkenalkan aku blog. Maka melalui cara ini aku juga boleh melakukan hal yang sama.

Namun baik diary mahupun blog, ia takkan sama perannya dengan seorang kawan. Diary dan blog adalah luahan setelah emosi stabil dan ia ditulis dengan ayat professional dengan susunan melankolik yang bersistem. Keduanya adalah pendengar pasif tanpa rupa. Kadang-kadang, ya, aku memerlukan motivasi juga. Cukup sekadar ayat seringkas; 'Sabar ya...I'm with you..." untuk penjelasanku yang panjang lebar. Cukup juga sekadar senyuman tulus, tanda simpatik, tanpa perlu penghujahan tentang kenapa ini dan kenapa begitu. Aku memang jenis yang suka blak-blakan. Emosiku terlalu jujur. Kalau aku marah, maka aku akan marah. Kalau aku sedih, maka aku akan sedih. Susah mahu disembunyi. Tapi biasanya ianya berlaku dalam masa yang sekejap. Selepas itu, aku akan baik semula. Tapi malangnya, pillihanku ketika menghadapi sesuatu permasalahan itu selalunya tidak betul. Ya, Along benar. Kejujuranku yang blak-blakan itu hanya selalu mengundang rugi bila aku selalu tersalah memilih rakan kongsi.  

Mungkin juga sebab aku selalu menganggap bahawa orang sebaik aku. Oh, agak perasan bunyinya. Kadang-kadang, ya, berlaku juga hal sama pada orang lain bila mereka marah dan sedih dan meluahkannya secara tanpa sengaja sama aku kerana kebetulan aku ada di situ. Kerana terlalu memahami diri sendiri maka biasanya aku hanya membalas sekadar senyum atau beberapa patah perkataan motivasi yang tiada makna. Waktu itu, aku tahu bahawa si kawan cuma perlukan sebuah dinding untuk diconteng. Maka, akulah dinding itu. Tidak sedikit pun aku mahu ikut campur dengan memberi nasihat mahupun mengambil tindakan lanjutan atas segala pengaduannya. Tidak juga aku akan memanjangkannya pada pihak lain, sekalipun ianya berlaku antara dua rakan karibku, atau antara umi dan Along, juga antara suami isteri mahupun adik beradik dan anak-anakku. Tapi bukan semua orang boleh bertindak seperti aku. Lazimnya manusia lebih suka masuk campur dan mengambil tindakan yang bukan-bukan.

Ini adalah suatu hal yang perlu aku perbaiki di usiaku 35 tahun, tahun ini. Bak kata Along dulu, terlalu meluah perasaan adalah ibarat orang telanjang. Hidup tiada rahsia adalah hidup yang tidak layak dihormati. Aku tidak menyetujui kalau ia merujuk kepada aku kerana aku bukanlah manusia yang tidak tahu menyimpan rahsia kehidupanku. Namun, sesekali didera beban rasa menjadikan aku seorang yang mudah melatah. Lalu di situlah saatnya aku mulai telanjang. Aku perlu kembali kepada pangkal kehidupanku, kepada manusia-manusia yang aku percayai boleh memahami perasaanku dan mengerti kehendak emosiku. Tidak ramai jumlah manusia seperti itu berada dalam senarai kehidupanku.

Aku masih ingat waktu remaja dulu ditanya lelaki macam apa yang aku mahu untuk dijadikan kekasih. Ramai rakanku menjawab mahu yang kaya, handsome, chinese look, tinggi, kulit hitam, mudah memahami, beriman dan whatever. Aku mengambil masa yang lama untuk menjawab sebab aku tak benar-benar pasti apa yang aku mahu. AKhirnya, setelah beberapa waktu baru aku mengerti bahwa syarat utama untuk menjadi kekasih aku ialah lelaki itu kena tahan dengan cerita-cerita bodoh aku yang akan aku sampaikan padanya setiap hari. Dia juga kena tahan dengan emosi babak belurku yang suka ceplas-ceplos tanpa sebarang keinginan untuk mengulas. Mungkin aku sudah terbiasa dengan cara abah dan umi melayan aku. Dulu, sehabis pulang sekolah, doranglah jadi mangsa aku untuk mendengar segala repot kejadian hari itu. Tiada yang penting pun dalam susunan ceritaku tapi dorang mendengar juga. Kadang-kadang, aku sanggup ke KK jumpa Along semata-mata untuk bagitau dia betapa sakitnya hatiku didenda guru atau dimarahi abah. Dan Along, walau sesibuk manapun dia waktu itu akan hanya mendengarkan aku, tanpa mengiya atau tanpa menidak. Lalu bila segalanya selesai, aku akan pulang balik ke Papar. Bila Along jauh betul, Susan dan Connie pula jadi mangsa aku. Haha...kesian sungguh orang-orang di sekeliling aku nih.

Bila sudah kahwin, sudah tentulah abang jadi mangsa seterusnya. Tapi bila ada hal yang berlaku antara aku dan abang, kepada siapa aku mengadu? Nah...maka bermulalah journey mencari mangsa dengar. Kadang-kadang, aku malu bila terlampau berkongsi dengan orang sama. Jadinya aku memilih orang baru. Maka, dari sinilah sering berlaku kesilapan keterlanjanganku....

Oh. Along betul lagi. Aku belum matang dalam membuat keputusan.

2 comments:

Susan Elsa Saiful said...

Aku rasa itu bukan kesilapan keterlanjangan, lebih kepada pelajaran untuk yang kehadapan. A very expensive lesson but necessary. Sabar ya sayang, I'm with you (to quote from above)...

Luna Biru said...

haha...spechless...and I know you'll be there too...(lagu Will you be there Micheal Jackson is dedicated to you)

Post a Comment