Saturday, February 4, 2012 | By: Luna Biru

Keramat - review aku



Kadang-kadang, ada filem yang hebat di permulaan cerita lalu menjadi rosak pada akhirnya kerana ketidakmampuan pengarah mencipta ending yang bijaksana. Bukan sebab ia dipilih berdasarkan happy atau sad ending. No. Aku bukan pemuja happy ending, neither sad ending. Aku hanya pemimpi tentang pengakhiran yang logik berlandaskan kewarasan perjalanan sesebuah cerita itu dari mula sampai akhirnya.

Dan bagi aku, filem Keramat sudah cukup melengkapi segala resepi sebuh filem bergenre seram. Ia sempurna dengan mainan suprise dan misteri. Mainan bunyi juga menjadi pembantu mutlak. Jalan cerita yang dipilih agak menarik bila ia dikaitkan dengan sebuah tragedi di zaman silam. Penggabungan unsur hitam dan putih dicernakan dalam bentuk yang begitu sederhana, namun sangat mengesankan. Pemilihan pelakon juga tidak dapat dinafikan kehebatannya. Aku suka cara Adey menyusur watak bersama matanya. Aku malah boleh memaafkan beberapa cela kecil pada kemantapan dialog dan kekeliruan pada beberapa babak.

Namun, pada akhirnya, filem ini hanyalah menjadi satu lagi filem seram yang hampa. Pada akhirnya, aku tidak mampu lagi memaafkan kekeliruan yang berlaku pada perjalanan cerita hasil daripada ketidakprihatinan mana-mana pihak yang mengurus filem ini. Pengarah tidak memihak pada teori sebab dan akibat. Tidak juga bertahan pada logik babak, apalagi untuk memberi penjelasan tentang ketidaklogikan itu.

Sayang sekali. Inilah filem kita. Berguru tapi tak habis. Berfilem tapi tak study. Ibarat guru mengajar tapi tak cukup ilmu.

Kalau anda belum menonton filem ini, tontonlah segera untuk merasai epik takut yang mencengkam. Cuma itu. Seram. Mungkin terlalu kosentrate dengan elemen itu sampai pengarah lupa mahu fikir soal logik tak logik.

Review terbaik klik sini.

0 comments:

Post a Comment