Thursday, February 16, 2012 | By: Luna Biru

MSSD Zon Pekan, Papar, The Final Day



Hari ini (16 Feb, 2012), berakhirlah temasya MSSD Zon Pekan kali ke-20 di Padang bersejarah SMK Majakir, Papar. Temasya yang berlangsung selama dua hari ini telah mencatatkan sejarah apabila SK. Anglo Chiness tampil sebagai Johan keseluruhan diikuti dengan SK. Pekan dan SK. Pengalat Besar. Sk.Surati muncul sebagai tempat keempat dengan pungutan pingat yang 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Olahragawan disandang oleh Sk.Pekan sementara olahragawati pula dari SK.Angloo Chiness. Kami gagal mempertahankan sekaligus memperbaiki kedudukan dalam acara perbarisan apabila hanya layak mendapat tempat ketiga setelah diatasi oleh Sk.Kelanahan. Sk.Buang Sayang tetap berjaya mempertahankan hak kejuaraan. Memang layak. Tahniah.
Banyak ralat yang agak menyebalkan berlaku yang akhirnya menyebabkan kegagalan total dari atlet-atlet Sk.Surati. Ada puluhan komen yang singgah dari mulut ke mulut yang percaya bahawa segala kelemahan ini masih dapat diatasi kalau kita begini dan begitu. Tapi semuanya sudah terjadi dan tugas kita hanyalah berusaha memperbaiki keadaan ini untuk temasya tahun depan. Aku berani jamin bahawa sistem kejurulatihan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Tahniah kepada team Sk.Surati. Aku harap ayat-ayat dalam entry ni tidak akan dijadikan bahan kontroversi yang menimbulkan sakit hati mana-mana pihak ok. Jangan pula ada manusia yang menangguk di air yang keruh, apalagi menggunakan skill sampai-menyampai dengan nada lawak dan ketawa padahal niat dalam hati adalah untuk mengenakan orang lain. Kalah menang memang adat bertanding. Tapi bagaimana kita kalah itulah perkara utama. Hidup adalah sebuah perjalanan yang bersistem. Sistem itulah yang menentukan aras kita di mata masyarakat. 

Well, tiada pungutan pingat hari ini dapat diperolehi oleh Anis dan Abe dalam acara larian 4X100m dan 4X200m. Keserasian, kerjasama dan susunan pelari adalah intipati bagi acara ini. Aku agak terkejut bila Abe diletakkan sebagai pelari terakhir bagi acara 4X200m. Sebagai jurulatih tak rasmi Abe, aku tahu nilai kekuatannya. Abe memang laju dan dia mampu memecut dengan kadar maksima, tapi dia tidak mempunyai stamina yang cukup untuk mengekalkan kadar denyutan jantungnya. Abe pancut dalam 50m terakhir yang akhirnya memberi peluang kepada peserta lain untuk memotongnya meskipun tertinggal jauh di belakang. Aku kena fikirkan satu cara terbaik untuk memperbaiki kecergasan Abe. Anis juga gagal dalam acara yang paling diminatinya. Sejak dari awal lagi dia meminta aku untuk mengubah kedudukan kerana dia tak yakin dengan susunan pelari pertama. Dia sendiri diletakkan sebagai pelari kedua. Tapi aku tak berani mahu masuk campur sebab ia diluar bidang kuasa aku. Akhirnya, telahan mereka betul bila pelari pertama menjadi pelari terakhir sampai setelah tertinggal jauh dengan pesaing-pesaing lain. Berkakai juga aku tengok Anis mengejar tapi dia sudah tertinggal lebih setengah padang. Peserta lain sudah lama memulakan larian kedua. Konsekuensinya, mereka menjadi benar-benar yang terakhir sampai ke garisan penamat. 

Pelari pecut yang diharapkan juga tidak mampu meraih sebarang pingat bila gagal menguasai padang yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Kebanyakan kelemahan atlet adalah di bahagian korner padang. Mungkin sebab selama ini mereka tidak pernah benar-benar merasa padang balapan sebenar jadi agak keliru dengan teknik pecutan di bahagian itu. Korner padang adalah tempat di mana atlet boleh memulakan pecutan sekaligus mengakhiri perjuangan. Ia adalah sebuah tempat yang agak sukar untuk dikuasai sekiranya tidak menggunakan cara yang betul. Look, aku bukan atlet sekolah atau maktab ok. Aku tahu ilmu aku tak cukup tapi ini adalah perkara basic. Aku harap tahun depan tiada pula orang kecik hati lagi sama aku dan bagi pula aku jawatan jurulatih sebagai telampau banyak komplen. Aku harap juga ini semua tidak diambilkira sebagai komplen tapi sebagai post mortem tidak rasmi sebagai rakan pasukan setugas. Oh...susahnya nak betulkan ayat supaya orang tak tersinggung....!

Apapun, aku ucapkan tahniah kepada team kawat yang menunjukkan kesungguhan dan disiplin yang hebat. Nasib tak menyebelahi meskipun ditelah menjadi tempat kedua. Bias? No komen. 

Ok. Cukuplah sampai sini dulu. Makin banyak cakap makin banyak silapnya nanti. Selamat malam dunia-dunia. 




The score...











Perut-perut yang menyebabkan kekalahan. Haha...
That's Ade Azza'arif. pegang apa tu....
Keberangkatan tiba YB Rosnah diiringi oleh Pengerusi Penganjur. 
Sk. Buang Sayang, Johan. Memang mantap!
Sk. Kelanahan, naib johan
Sk.Surati, ketiga perbarisan
I really love scene. Look at the sky!
Ade the memos
That's our PPD
And that;s our YB
Anis yang terkeciwa...
Still in tired face...
Last chances is goooooooood......
Ridhwan who has a good potential but lose because of stupidity. Terlampau worry dengan orang belakang sampai balik2 tertoleh. 
That's the team
Look at the way Anis ambil baten!
Qayyim with a bright future! Tatap pakai seluar bertuahnya...
Cuba lagi tahun depan Be...sampai mandi bunga Abe malam tadi untuk hilangkan gemuruh. Hahaha....
Fiqri yang tersedih sebab dapat nombor 3 perbarisan. 
Olahragawan SK.Pekan. 
Olahragawan SRJK Angloo, Siti Nur Azreena. Nama Anis ni sepatutnya, atok yang kasi nama. Tapi aku pandai2 ubah g Nur Danisya Azreena. Haha...brings the luck. 
Acara penutupan dengan penyerahan bendera ke SK St. Joseph tahun depan. 
The cloud is wonderful...
Barisan atlet Sk.Surati. 

Merai kemenangan....pesal si Ade dan Mizan ada nih? 
Oh these three girls are awesome!
Balik rumah jam 5 petang dengan perut yang lapar gilak. Makan macam nda ingat dunia. Waktu angkat piring mau tambah nasi dengan rakusnya, aku tersalah step dan berlakulah insiden yang paling aku benci dalam dunia. Lututku terpulas balik sebab berdiri dan memusing badan dalam kelajuan mengejut. Konsekuensinya, muscle lutut aku terkoyak balik dan aku dapat merasakan lendiran lutut sudah mulai keluar merembeskan cecairnya hingga menyebabkan bengkak dan sakit yang melampau. Aku tidur setelah makan ubat penenang. Jam 11 malam baru aku sedar dan sakitnya mengurang sedikit sebab pelali masih bertahan dalam badan. Namun bengkaknya masih terus segar dan aku boleh melihat ia semakin galak membesar. Entah besok macamana keadaannya. Aku harap ada miracle malam ni. Mungkin aku terlampau lama berdiri dalam dua hari ni dan mungkin juga sebab aku terlampau latih dorang Anis sampai sanggup melanggar pantang untuk tidak berlari lagi. But the track is awesome!


0 comments:

Post a Comment