Monday, February 6, 2012 | By: Luna Biru

Kempen Anti Kutu Sampah Daerah Papar


4 Feb 2012, berlangsung acara Kempen Anti Kutu Sampah Daerah Papar yang dianjurkan oleh MDP, Papar. Majlis ni disempurnakan oleh YB DATUK HAJI GHULAM KHAN BAHADAR KHAN selaku Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah. Sekolah kami terlibat dalam acara ni sebagai wakil dari pihak pendidikan termasuklah SK.Pekan dan SMK Majakir. 
Bagus juga diadakan kempen kebersihan sebegini supaya masyarakat tahu betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Lebih-lebih lagi semenjak akhir-akhir ni penyakit kencing tikus semakin berleluasa. Aku rasa aku mahu panjangkan pelancaran ni sampai ke peringkat sekolah supaya murid-murid aku mengamalkan budaya bersih secara maksimum.

K. Jom share gambar yang sempat aku rakam sepanjang majlis tersebut. Aku datang lewat hari tu jadi tak sempat rakam gambar di awal majlis. Aku lambat sebab terlebih mekap. Katanya pakaian formal dan baju batik. Apalagi aku pun melaram macam mau pergi rumah orang kahwin. Tau-tau bila sampai sana, orang pakai baju selamba gilak ja. Chess....sempat lagi pula aku kena orat oleh seorang mamat semenanjung yang teruja melihat keterlawaanku hari tu. Siap tanya lagi, Masih bujang ke? Adeh...nyindir ke apa? Tapi bila dia sudah start minta nombor telefon aku dan siap kejar pakai motor waktu aku balik, aku rasa macam kembang bulu ja...Ada pula lagi orang ngorat stail cam tu di abad milenium ni,kan? 

Gimik pelancaran menaikkan belon. Nak satu boleh?
YB Rosnah mengetuai pelancaran gimik
Bacaan ikrar oleh duta Anti Kutu dari murid Sk.Pekan
Penyampaian sijil kepada duta
Penyampaian cenderahati kepada tuan perasmi
Aku dan Noy. 
Aku dan Noy lagi dalam jarak dekat mana tau ada yang mau spot jerawat aku.  Beza ngam gambar di atas ialah, kali ni mata aku terbuka sikit. 
Barisan guru Sk.Pekan kecuali Noy, the ex. 
Wakil dari SMK Majakir. Yang cikgu pakai spect tu namanya Cikgu Jijah, bekas cikgu PS aku dulu. 
Bunting....jaga ko kena denda buang sampah. 
Inilah dia cenderamata tu...sebilah parang? Wah...
Tentatif. Kami dapat yang black and white.
Siapa buat muffin comel gila ni? Sedap sungguh. Mesti si Atie mau belajar ni. 
Kak Jane with her uncle, the DO of Bongawan. 

Majlis berakhir jam 9.30a.m. Lebih awal dari perancangan. Aku mau puji katering yang sedap sungguh. Oya, kalau nak tengok penulisan rasmi untuk majlis ni, silalah klik sini.

2 comments:

Anonymous said...

nice entry cigu.. hehehe
buat entry pasal papar lg banyak2 cigu.. hehehe

Luna Biru said...

Terima kasih...kalau banyak event di Papar best juga kan?

Post a Comment