Ada manusia begitu teruja menjadi mangsa sihir yang perantaranya adalah jin dan syaitan.
Erk...kenapa ya?
Hebat sangatkah rasanya menjadi mangsa sihir? Hinggakan apa pun yang berlaku dalam kehidupannya, pasti dikaitkan dengan sihir. Dari sakit kepala sampailah datangnya seekor belalang ke dalam rumah, pasti ada kena-mengena dengan sihir.
Mungkin ini sudah boleh dikategorikan sebagai penyakit paranoid.
Ingat tak aku pernah cerita dalam entry Kisah Seorang Remaja? Itu adalah salah satu contoh jenis manusia yang taksub menjadi mangsa sihir. Akhirnya, bila didapati si anak bukan terkena sihir, rasa ego semakin melantung-lantung tinggi dan sanggup pula mencari bomoh lain untuk mengesahkan kehendak hatinya.
Malangnya, jumlah manusia sebegini agak ramai hidup di kalangan aku.
Sihir memang wujud. Perantara jin dan syaitan itu juga wujud. Ia suatu hal yang tidak dapat dinafikan sama sekali. Tetapi menganggap bahawa semua hal yang berlaku dalam kehidupan kita adalah berpunca dari benda bullshit macam tu bukanlah suatu perkara yang normal lagi. Barangkali saja apa yang berlaku adalah natijah perbuatan sendiri, semacam istilah diburu dosa, kalau tak kejam sangat bunyinya.
Waallahu Aklam....
http://nicenizar.wordpress.com/2011/02/09/pagar-diri-dari-sihir/doa-tolak-sihir/ |
http://billyinfo.blogspot.com/2011/12/9-jenis-sihir-yang-perlu-diketahui.html#axzz1mqESPORp
0 comments:
Post a Comment