Wednesday, February 15, 2012 | By: Luna Biru

Belitung Islandhttp://scottygraham.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

http://scottygraham.blogspot.com/2010_03_01_archive.html


OMG....Aku kepingin ke sini...ke Pulau Belitung, Jakarta, tempat berlakunya lokasi untuk filem Laskar Pelangi. Tapi aku baru tahu nama tempat ini malam ni, saat membuat sedikit homework untuk membantu murid warga asingku mencari gambar kampungnya di tanah seberang. Katanya, "Sehumur hidup aku nda pernah dipotret teacher...apalagi memotret gambar kampungku..." Nah...kerana dia sudah melengkapi tugasannya menceritakan pengalamannya balik ke kampung, maka aku pun dengan lapang dada mencarikannya potret ini...ternyata....indah sekali!


Aku mahu jerit2 ni....tempat ini bikin aku teruja sekali. Memang aku sudah lama mengkagumi lokasi filem Laskar Pelangi yang belumn pernah kutonton betul2. Aku cuma sempat merakam keindahan sinematografi dalam filem itu. Dan ternyata...muridku yang hitam mengkilat kulitnya dengan gigi depan yang agak besar itu rupanya berasal sepenuhnya dari tempat ini!

Nampaknya aku kena ikut dia balik kampung bulan Mei nanti. Katanya, perjalanan dari Papar ke kampungnya memakan masa lebih seminggu naik kapal laut. Aku tak dapat membayangkan aku berada di laut dalam tempoh selama itu. Mungkin aku kena bayangkan aku adalah pelakon dalam filem Titanic dan ada Jack sedang menungguku dalam kapal itu barulah aku mahu ke sana kali. Atau, layari saja airasia dan swipe card credit. Tapi, kata Zul, muridku itu, pengalaman bersesak di dalam kapal dan menyaksikan malam dan siang bercantum di laut takkan sama dengan sejuknya pendingin hawa di dalam kapal terbang. Oh, terima kasih sajalah Zul....Kau naiklah itu tongkang, biar teacher naik belon. Kita jumpa saja di pelabuhan Sumatera.

Susanku sayang....jom rancang cuti ke sana. Jakarta is yours,kan?

0 comments:

Post a Comment