Thursday, April 14, 2011 | By: Luna Biru

Kejohanan Bola Baling MSSM MSSD Papar 2011 - The Girl Team Match



Hari ni masuk hari yang kedua sekaligus hari terakhir bagi Kejohanan ini diadakan bagi kategori pasukan perempuan. Seramai 16 pasukan bola baling perempuan dipertaruhkan oleh 16 buah sekolah seluruh daerah Papar.


Memang berentap habislah hari ni pasukan bola baling daerah dengan kehadiran pasukan-pasukan yang hebat dan jurulatih yang hebat. Persaingan sengit merebut tempat ketiga dari Sk.Nyaris-Nyaris dan Sk.St.Mary merupakan perlawanan yang paling mendapat perhatian. Keputusan seri dan mendapat tendangan penalti untuk menentukan tempat. Ketika inilah kami menyaksikan satu persaingan yang sengit apabila kebanyakan gol dibatalkan kerana melanggar peraturan. Akhirnya, Sk.Nyaris-Nyaris berjaya menembusi gol lawan dan menjadikan mereka layak bergelar tempat ke tiga. 


Bagi perlawanan merebut tempat ke dua dan ketiga pula, sekali lagi kami menyaksikan perlawanan yang cukup menyengat apabila Sk.Pengalat Besar dan Sk.Beringgis ditemukan di acara terakhir. Serangan demi serangan dilancarkan oleh Sk.Beringgis hingga berkali-kali diberikan wisel amaran oleh pengadil. Rentak permainan SK.Pengalat yang penuh strategi selama ini pun mula tidak menentu dan lebih bergantung kepada penyerang utama iaitu adik Darlene. Oleh kerana saingan yang begitu sengit, jurulatih SKPB terpaksa meminta Time Out untuk menenangkan pemainnya. Akhirnya, segala usaha mereka berbaloi apabila berjaya meraih dua gol yang sekaligus melayakkan mereka bergelar johan peringkat daerah 2011. Memang berbaloi!


Hebat...memang hebat! Mungkin aku kena tunggu lagi 5 tahun untuk sampai ke tahap itu. Huhu...Sungguhpun pasukanku kalah tapi aku percaya, ini hanyalah permulaan. Banyak yang kupelajari hari ini. Kini, aku punya satu matlamat lagi; aku ingin ke situ, dan aku akan ke situ. Insya Allah....Amin...


Tahniah kepada semua warga kerja Kejohanan ini yang bertungkus-lumus menmberikan yang terbaik sepanjang masa kejohanan. Mohon maaf dari pihak kami, tuan rumah Sk.Surati atas segala kecacatan terutama kes kehilangan borang penyertaan yang telah dihantar. Semoga kesilapan ini tidak akan berulang pada masa akan datang. Yang buruk dari kami, yang baik juga dari Allah....


Sk.Kuala with the coach
Sk.Kuala vs St.Joseph 2-0
Surati vs Benoni 0-1
Kelatuan vs Nyaris-Nyaris 0-1
Sk. St. Mary
Refree yang adil lagi bijaksana. Macam pakaian seragam la pulak...
Pasukan SKPB yang mantap.
En. Sharin, wakil PPD yang merasmikan majlis
Guru Besar Sk.Nyaris-Nyaris...(macam Raisudin Hamzah)
Encik Salleh bin Tami, Pen.Kanan Kokum Surati
The emcee
Tempat ke 3; Sk.Nyaris-Nyaris
Tempat ke 2 : SK.Beringgis
Johan : SKPB


Sempat g possing with my ex-students

0 comments:

Post a Comment