Wednesday, April 27, 2011 | By: Luna Biru

KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH


Petang tadi aku bawa Anis dan Shakira ke Konvensyen Dokter Muda bertempat di Stadium Likas, KK. Konvensyen ni akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 April 2011 hingga ke 29 April 2011. Seramai 250 orang peserta dari seluruh negeri Sabah terlibat dalam acara ini. Tiga buah sekolah dari seluruh daerah Papar pula telah dipilih untuk menjadi pemerhati iaitu Sk. Mandalipau, Sk.Kogopon dan Sk.Surati. 




Sebenarnya aku bukanlah jadi guru pengiring untuk acara kali ni. Cuma aku saja-saja libatkan diri sebab Anis terpilih jadi peserta. Risau juga aku sebab dorang berdua ni (Anis dan Shakira) tidak pernah mengikuti acara rasmi yang bertaraf lima bintang macam ni. Lebih-lebih lagi pula guru pengiring dorang lelaki. Huhu...Jadi terpaksalah aku menyibukkan diri menjenguk-jenguk bebudak ni waktu malam. Bila dah semuanya selamat, baru aku senang hati dan pulang semula ke Papar. 

Terdapat banyak aktiviti telah disediakan untuk peserta yang menyertai program ini. Secara dasarnya, konvensyen ini adalah untuk sekolah yang mempunyai kelab Dokter Muda yang aktif. Mereka telah terlibat dalam banyak aktiviti sebelumnya yang kemudiannya dipertandingkan dalam konvensyen ini. Oleh kerana daerah Papar belum memulakan kelab ini lagi, maka kehadiran kami hanyalah sebagai pemerhati dan lebih kepada perkongsian semata-mata. Antara aktiviti yang terdapat dalam tentatif ialah pertandingan kuiz kesihatan, pidato, pameran, seminar dan lawatan. Aku harap baik Anis dan Shakira mahupun peserta yang lainnya, dapat mengambil segala peluang yang ada dan mempergunakan pengalaman mereka untuk sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama. 

Oleh kerana aku sendiri agak kabur dengan program ni, jadi aku pun google dan dapat informasi di bawah pada link KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (http://www.drmuda.gov.my/DM/).
Aku kongsikan sedikit maklumat tu di sini. Kalau nak tahu lebih banyak, boleh terus google ke lawab web tersebut. ok!

APA ITU KELAB DOKTER MUDA?
Kelab Doktor Muda merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah.
Ia merupakan sebuah program promosi kesihatan di sekolah (school-based health promotion program) di bawah kelolaan bersama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

DOKTOR MUDA
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

SEJARAH
Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

PENGASAS

Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkat sekolah rendah merupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang.
Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994.  
Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada murid dan sekolah.  Justeru program ini dari tahun ke tahun telah berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
Berpegang kepada prinsip bahawa ‘membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di peringkat dewasa’, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagi memastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.
Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.

OBJEKTIF
  1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
    • Mengamalkan cara hidup sihat
    • Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
    • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
  2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
  4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.
AKTIVITI DOKTOR MUDA
  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
  • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  • Merawat kecederaan ringan.
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan
FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA
Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:

  • Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
  • Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Murid belajar menghargai kesihatan.
  • Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. 
  • Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
  • Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
  • Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
  • Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
  • Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
  • Sekolah bersih
  • Sekolah bebas Aedes
  • Imej sekolah meningkat
MODUL LATIHAN


Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan sebagai panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda. Modul Latihan terkini yang dihasilkan adalah Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah (edisi ketiga, 2008).


© 2008 Kelab Doktor Muda, Kementerian Kesihatan Malaysia. Hakcipta Terpelihara


GARIS PANDUAN KURIKULUM
Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda sebagai panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda serta Garis Panduan Kurikulum Pembimbing Kesihatan Rakan Sebaya Kelab Doktor Muda sebagai panduan dan rujukan kepada Doktor Muda dalam menjalankan aktiviti pembimbing rakan sebaya.

Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda, 2008

Garis Panduan Kurikulum Pembimbing Kesihatan Rakan Sebaya Kelab Doktor Muda, 2008.

KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA 2004
Konvensyen Doktor Muda Kali Pertama Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 14 dan 15 Ogos 2004 di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia , Kubang Kerian Kelantan.

KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEDUA 2006
Konvensyen Doktor Muda Kali Kedua Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 6 hingga 9 Ogos 2006 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star Kedah. KONVENSYEN DOKTOR MUDA 

PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KETIGA 2008
Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga telah diadakan pada 17 hingga 20 Jun 2008 di Grand Water City Hotel, Melaka.



MY GALLERY WITH ANIS...

Mama & Anis
Anis, Shakira (pink) and a roomate from Kolombong. 

0 comments:

Post a Comment