Saturday, April 9, 2011 | By: Luna Biru

Malam Seribu Impian...Bintang P.Ramlee, Engkau Laksanan Bulan

Petang tadi kira-kira jam 4 petang, abang terima panggilan telefon dari NYDP PIBG Sk.Kuala yang memintanya untuk menjadi emcee Majlis Malam Seribu Impian... Bintang P.Ramlee, Engkau Laksana Bulan. Pertandingan ni akan berlangsung pada jam 8.00 malam bertempat di dewan terbuka Kg.Kuala,Papar. Majlis ni dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rahim Ismail, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia merangkap ADUN N22 Pantai Manis,Papar.

So, tanpa berfikir panjang, abang yang sudah merasa dirinya begitu professional pun terus saja bersetuju.  Emcee yang sepatutnya mengacarakan majlis tu tidak dapat hadir di saat-saat akhir disebabkan masalah keluarga. Terkejut jugak aku dibuatnya sebab dia ni bukannya tahu apa-apa pasal seniman agung P.Ramlee ni. Bukannya dia tak minat, cuma aku rasa dia belum pernah ada masa betul-betul tengok filem P.Ramlee. Tau-tau sajalah orang kita ni, sensitif sikit kalau bercakap pasal bintang yang agung ni. Klik mesti ngam betul dengan lagu dan filem yang akan disampaikan barulah menjadi sentuhan seorang emcee bintang P.Ramlee.

Demi nak menghidupkan kegemilangan zaman P.Ramlee, aku pun cubalah  tolong dia google apa-apa yang patut. Tak banyak yang aku dapat sebab masa singkat sangat. Sesampainya kami di sana, hujan lebat turun mencurah-curah masuk ke dalam dewan. Habis kami semua kena tempias, termasuklah YB dan askot-askotnya. Tapi, memang hebatlah YB Rahim dan penduduk Kg.Kuala ni, rela berbasah demi menjayakan satu majlis yang telah dirancang rapi. Segalanya berjalan mengikut tentatif yang telah disediakan dengan peruntukan masa yang diberikan. Sempena majlis ni, YB Datuk sendiri telah menyumbang sebuah laptop , printer dan kerusi banquet untuk kegunaan JKK kampung. Cayalah Datuk...ini barulah namanya wakil rakyat.

Seramai 10 orang peserta bintang lagu P.Ramlee telah mengikuti pertandingan ini. Pemenangnya adalah Encik Dollah Kassim yang membawa lagu Aduh Sayang. Kemenangannya sudah diduga sebab dia saja yang mempunyai suara semirip Allahyarham Tan Sri. Pemenang menerima hadiah sebanyak RM300 berserta trofi dan sijil. Apa yang paling best, banyak cabutan tiket bertuah diadakan. Selain hamper, basikal, barangan elektrik dan mesin basuh juga ada. Untunglah orang yang dapat hadiah tu, terutama abang yang buka gerai dekat dewan tu. Dia bawa tiga cabutan sekali. Alhamdulillah...rezeki dia....

Dan nyatanya, tidak sia-sia juga  keperasanan abang yang selalu anggap dirinya hebatsss tu. Dia mampu menjayakan majlis tu dengan sebaiknya meskipun pada mulanya, nampak sangat dia gementar dan balik-balik tersasul dan tergagap. Tapi seketika kemudian. bila dia mula dapat menguasai keadaan, suasana yang
sejuk dan dingin akibat hujan lebat itu tadi menjadi hidup dengan kehandalannya mengacarakan majlis. Sungguhpun dia tidak mampu mengaitkan lagu dengan filem, tetapi dia dapat menutup kelemahan itu dengan gurindam bahasanya yang menyentuh perasaan. Dia juga dapat menghidupkan suasana dengan lawak ceria dan spontannya ketika cabutan tikert bertuah diadakan. Sehinggakan orang yang duduk di sebelah aku tu cakap, inilah majlis kampung yang paling professional dan lawak yang dia pernah hadiri. Aku cukup bangga dengan dia. Anehnya, untuk pertama kalinya, baru aku sedar bahawa suaranya memang lawa. Tetiba ja aku jatuh cinta pada suaranya. Patutlah selama ni orang gilakan suaranya. Kenapa aku boleh tak sedar? Padahal, waktu di maktab dulu, kalau gilirannya jadi emcee, konpom budak-budak perempuan,terjerit-jerit di hostel. Punyalah lama baru aku nak sedar. Huhu...

K. Ni ada sikit gambar untuk tatapan kita bersama. Tak banyaklah sebab aku malas nak jalan-jalan ambil gambar sebab malam ni kami dah macam overdressed. Abang siap ngan samping dan baju melayunya sementara aku ngan batik dan kebaya. Huhu...macam mau g terima award kami. Orang lain, biasa je...

Lambaian mesra seorang wakil rakyat
Tarian Tari Tualang Tiga
Encik Saruji
Emcee yang serba boleh
Datuk Dr. Patawari Patawir mencabut tiket bertuah

Ni paling untung dapat basikal.
Macam? Kira overdressed la ni. Huhu...

5 comments:

Connie said...

wow...overdressed ka tu??? bg aku ok la tu...and no wonder la my 'ibu' said ko cantik mlm tu...hehehe..tp mmg always pun kan...tp yg lg best kan de..dia ingat kamu br kawin...hehehe...ingatnya org br balik honeymoon...and she did make a good compliments about ur 'abg' as MC for that night...and from me...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... muahh!!

Luna Biru said...

haha...memang pun ibu nda kenal sama aku. sedih ooo...kali memang transform habis aku malam tu. and one good thing...memang hebatss la dia as the MC hammer.

kenzoflower said...

WoW!! Cantik la ko de!! No, not overdressed..Stunning! Job well done MC... Sampi rumah ku dengar orang riuh!

Connie said...

bukan nda kenal bah tu..takut ia tersalah urg psl cantik btl plak ko mlm tu...tu la nda jg dia berani mo menegur...tp last2 bertegur jua kan...hehehe...atu ia esoknya tarus merepot sama aku...cam ia nda picaya lg tu aku bilang anakmu 5 suda...pdhal ada jua ko ke rumah ari tu kan...ni la penangan c ade klu suda 'melaram'...tp yg btl jg pun..u really look great that nite!!! jeles aku dgn kerampinganmu...hahaha but what to do...i'm FOOD LOVER!!!...hahaha...

Luna Biru said...

pembetulan : bukan 5 tapi 6! huhu...

Post a Comment