Wednesday, April 20, 2011 | By: Luna Biru

Alpha One : Terapi Percuma untuk Warga Papar

Petang tadi, setelah hampir setahun dipujuk Umi, maka aku pun bersetujulah untuk mengikutinya pergi ke rawatan terapi percuma yang diadakan setiap hari di Pekan Papar. Sebelum ni, terapi ni diadakan di aras satu Jalan OKK Mahali. Tapi untuk tahun ini mereka telah berpindah ke kawasan bangunan baru dekat G-Mart (aku pun tak tahu apa nama kawasan ni).

Wah...ramai betul orang yang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan ni. Yalah...percumakan...Syukurlah ada bisnes marketing yang macam ni kan? Mula-mula kasi orang rasa dulu, bila dah yakin, barulah beli. Apa yang pastinya, sudah ramai yang mengalami perubahan positif selama menjalani rawatan ini. Insya Allah....Kalau nak beli, bolehlah terus berjumpa dengan PA yang bertugas. Harganya murah banget...RM16,800 sahaja. Huhu....Bengkek juga telinga aku hari-hari kena sindir Umi sebab anak orang lain dah belikan mak dorang....

Nak tahu apa tu Alpha One, boleh google di http://www.alphaone.com.my/ dan http://smartway2u.com/

Pelanggan percuma yang menanti rawatan percuma
Ha...tengok poster tu...kompom percuma!
Umi berbaju biru...malu mau tengok kamera. Terpaksa ambil dari belakang
Ni PA yang bertugas,namanya Yazid. Memang lucu dan bersemangat orangnya....
Have good potential untuk jadi promoter dan sales assistant...I like this boy!
Ni la rupa mesin Alpha One yang berharga RM16,800 tu...
Menerima sesi rawatan
...aku yakin aku tidak akan ke sana lagi esok sebab aku malas nak tertunggu-tunggu giliran tanpa tempat duduk. Lagipun, biarlah aku kasi saja tempat duduk aku tu untuk orang yang lebih memerlukan...Kalau ada rezeki, Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment