Saturday, April 23, 2011 | By: Luna Biru

Kharisma Katering

Hari ni hari Sabtu. Kalau korang nak tau, hari Sabtu merupakan hari yang paling kami sekeluarga tunggu. Bukan pasal cuti mahupun AF tau! Tapi pasal hari ni ada pasar malam. Bila bercakap pasal pasar malam, sudah tentulah ia sinonim dengan makanan! 

Pasar malam di Papar ni buka seminggu sekali saja iaitu setiap hari Sabtu, malam minggu. Lokasinya berdekatan dengan tapak Dewan Masyarakat Papar. Terdapat banyak gerai jualan di sini. Jualan utama ialah makanan dan bahan mentah seperti sayuran dan buahan tempatan. Ha, kalau nak rasa makanan ala-ala menu bulan puasa, datang sajalah ke sini. Pelbagai jenis makanan disediakan dengan harga yang berpatutan.




Sungguhpun terdapat banyak gerai makanan di sini,namun hanya satu gerai favorite kami sekeluarga iaitu KHARISMA KATERING. Kharisma Katering adalah syarikat pembekal perkhidmatan makanan dan minuman serta katering yang sedang berkembang. Mereka menyediakan pelbagai jenis makanan Malaysia mengikut citarasa masyarakat Malaysia. Syarikat ni juga menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis, dari majlis profesional hingga ke majlis sosial. Kepelbagaian menu yang disediakan oleh pihak Kharisma Katering menjadikan mereka antara pelopor syarikat pembekal makanan yang menjadi pilihan ramai khususnya di Daerah Papar,Lok Kawi hinggalah Beaufort. 


Sedap tau masakan dorang ni. Harga pun murah. Aku tak sempat nak gambar tadi so aku pun ceduk saja dari laman web rasmi dorang. Ha...hebat tau dorang ni ada laman web sendiri. So, bagi anda yang mencari-cari perkhidmatan katering, silalah hubungi taukeh syarikat ni iaitu Encik Andy di talian 6012 839 9898. Atau boleh juga hubungi assistant director, iaitu Puan Rahmah 6016 8023144. Kalau nak email pun boleh di : rentangkharisma@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan.


Satu jenis menu yang paling aku suka di sini ialah ayam goreng dan lada hijau jeruk. Ayam goreng krispy ni merupakan resipi asli keluarga dorang yang cukup terkenal tau! Begitu juga halnya dengan lada hijau jeruk. Boleh ketagih kalau sekali rasa. 


Apapun, aku nak ucapkan segulung tahniah buat Encik Andy sekeluarga kerana berjaya menubuhkan syarikat Kharisma Katering. Aku melihat potensi mereka sebagai warga bumiputra yang berusaha gigih dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang perniagaan. Aku harap mereka akan terus berkembang maju seiring dengan kemajuan dunia ketering. Oya, kalau korang nak tau, promosi syarikat ni pula dibuat oleh syarikat ADEMIEsign. Ademiesign menawarkan rangkaian promosi berbentuk banner, kad bisnes dan flyers. 
Kad bisnes
Andy Shamsudin, Pengurus Kharisma Katering
Puan Rahmah, kiri




Aku harap Encik Andy tak kisah aku pinjam gambar-gambar ni ya....


Kepada yang berminat, bolehlah google di:







0 comments:

Post a Comment