Thursday, April 7, 2011 | By: Luna Biru

Bola Baling Friendly Match

Akhirnya tiba juga hari ini. Saat semua usaha pasukanku diuji untuk kali pertama dalam perlawanan persahabatan sempena KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSM PERINGKAT MSSD PAPAR 2011. Perlawanan persahabatan ini bermula pada jam 8.00pagi bertempat di padang SK.Pengalat Besar,Papar. 

Sebagai langkah awal dalam pendedahan permainan sebenar bola baling ini, aku membawa dua pasukan sahaja iaitu pasukan lelaki team A dan perempuan. Aku sengaja pilih team A lelaki yang boleh dikatakan mempunyai potensi yang baik dalam permainan ini. Hari ini aku ditemani oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Salleh Tami, yang merupakan Penolong Kanan Kokurikulum dan teman baikku, Cikgu Noraini Hj. Yusoff. Cikgu Salleh ni akan berpencen dalam masa tiga minggu lagi. Tapi aku cukup kagum dengan semangat dan komitment beliau yang terus berjuang hingga ke akhir perjawatannya. Kalau guru lain, konfirm sudah ambil cuti. Aku juga cukup kagum dengan kerjasama yang padu dari Cikgu Noraini, sungguhpun dia bukan jurulatih bola baling. Namun, dia sanggup turun padang menghantar dan mengambil budak-budak ni walaupun tiada claim yang boleh dituntut. Thanks a lot!

Sesampainya di sana, kami agak terkejut melihat keadaan padang yang becak dan berlumpur, macam boleh tanam padi atas tu. . Kalau lagi kerap digunakan, aku tak dapat bayangkanlah betapa makin teruknya lagi nanti pada hari perlawanan. Aku difahamkan berdasarkan mesyuarat kelmarin, seramai 44 games lelaki dan 33 games perempuan akan berlangsung. Jadi, bayangkanlah kalau 77 kali padang tu digunakan. Konpom hancur dan berlubang-lubang. Apalagi kalau hujan tak berhenti turun, silap-silap maunya jadi tasik. Aku rasa kita perlu fikirkan lagi sekali untuk menggunakan padang ni pada hari perlawanan nanti. Bukan apa, kita kena fikirkan juga keselamatan budak. Bahaya padang ni. Malang tak berbau. Habis budak basah berlumpur tadi sampai aku pun tak tau mana bau kerbau mana bau manusia. Tu belum lagi yang termakan lumpur. Yang malangnya, anak aku si Anis sendiri sudah jatuh tergelincir dan terselisih tulang tangan. Tu kira amaranlah tu sebab bapa dia sendiri sudah suarakan dalam mesyuarat tentang bahaya penggunaan padang tu. Sekalinya, terkena anak sendiri.

Pasukan lelaki yang diterajui oleh adik Syuib Masri sebagai kapten pasukan, main dua kali menentang team SKPB A & B. Pada perlawanan pertama pasukan kami kalah 4-1. Itu pun nasib baik juga goal keeper banyak selamatkan bola iaitu adik Al-Hafiz Jaafar. Kalau tidak, maunya sampai 20-1. Jaringan tersebut telah dilakukan oleh adik Adil Hadri Bin Saptu, stricker utama kami. Dia ni memang pemain favorite aku. Besar potensinya cuma terlalu banyak main. Tapi aku suka tingkahnya di padang. Bila sudah ke acara sebenar, dia akan bagi seluruh komitmentnya. Bagi perlawanan yang kedua pula, kedudukan seri 1 sama. Kali ni, aku tukar penjaga goal kepada adik Muhammad Hizal. Dia ni memang teror habislah walaupun badan kecik. Kagum betul aku. Dalam perlawanan kedua ni, jaringan berjaya dilakukan oleh adik Frenklyn yang merupakan wing right kami. Ni pun badan kecik tapi balingan dan jaringan memang hebat.

Bagi pasukan perempuan pula, perlawanan pertama menentang SK.Beringis dengan kekalahan 1-3. Perlawanan kedua juga kalah 0-3. Sekali lagi kerja yang berat terpaksa ditanggung oleh penjaga goal iaitu adik Nur Syahirah Inche Fauzi. Kehebatannya dalam mempertahankan jaringan dari pihak lawan patut dikagumi. Kalau sekali tengok orangnya punyalah comel dan skema. Tapi punyalah cekap dan mantap. Kalau bukan kerana ketangkasannya, aku rasa goal Surati sudah boleh tembus sampai 20-0. Huhu...sandi betul rasanya.

Banyak yang telah kami pelajari dalam perlawanan kali ini. Aku bersyukur sangat sebab budak-budak ni diberikan pendedahan awal sebelum beralih ke perlawanan sebenar. Kalau tidak, pastilah dorang akan panik bila hari perlawanan nanti. Pada permulaan perlawanan, pasukan lelaki, agak kaku dan belum memahami kehendak permainan. Mereka masih belum terbiasa dengan keadaan padang yang becak dan penggunaan bola yang bersaiz 3. Apa yang aku sakit hati sangat ialah mereka agak takut untuk membuat serangan dan lebih tertumpu kepada pertahanan semata-mata. Kapten pasukan sendiri tidak berani untuk merempuh ke garisan D pasukan lawan dan lebih selesa berada di tengah padang menunggu bola. Hal ini menyebabkan stircker utama adik Adil Hadri terpaksa berkali-kali membuat jaringan dari jarak jauh. Namun pada perlawanan kedua, mereka mula menguasai perlawanan ketika menentang pasukan B SKPB. Mereka mulai berani tampil ke depan namun masih gagal dalam memberi kerjasama dalam pasukan. Hanya beberapa orang saja yang melakukan kerja mereka dengan baik. Pivot pasukan pula tidak memainkan peranan dan rasanya terlalu malas untuk berlari di padang yang becak itu.

Apa yang aku kesalkan ialah pasukan perempuan aku yang masih lagi terhegeh-hegeh di tengah padang. Masing-masing takut lumpur dan langsung tak praktikkan apa yang telah dipelajari selama ini. Perlawanan pertama lebih baik ketika menentang Sk.Beringis. Ketika ini, sungguhpun pasukan kami belum banyak menguasai perlawanan, keadaan ini dapat diselamatkan kerana pasukan lawan dari SK.Beringis juga agak kurang menyengat. Namun ketika menentang pasukan lawan dari SKPB, pasukan kami telah menjadi pasukan belasahan. Permainan lebih tertumpu kepada pertahanan semata-mata tanpa balasan serangan. Aku cukup kagum dengan pemain dari SKPB ni yang begitu mantap dan padu. Pujian patut diberikan kepada jurulatih SKPB iaitu Encik Yahdee merangkap pengerusi teknik Bola Baling Daerah. Ia merupakan satu bonus untuk pasukan SKPB. Kerjasama dari pasukan jurulatih SKPB juga amat padu menjadikan pasukan mereka sebagai pasukan berilmu yang bersedia untuk bertempur di medan perlawanan. Kalau nak dibandingkan dengan pasukan aku, teramatlah naifnya. Itu yang buat aku sedih sangat. Bukan pasal pasukan kalah, tapi kerana aku memang sudah sedia kalah dari mula dalam menyatukan perjuangan kami dalam membentuk sebuah pasukan kerja yang hebat.

Aku cuma ada lebih kurang 2 hari saja lagi untuk memperbetulkan keadaan. Aku tidak pernah gagal selama ini. Setiap perjuanganku selalunya menghasilkan kejayaan. Aku percaya bahawa kejayaan kita adalah bergantung kepada peratus usaha kita. Aku percaya bahawa keyakinan, semangat juang dan kesungguhan akan menjadikan kita berjaya. Aku juga percaya bahawa aku selalu benar. Aku percaya aku tidak ditakdirkan untuk kalah. Tapi keyakinan itu tidak ada padaku sekarang lagi. Aku sudah tidak percaya bahawa aku masih punya masa untuk betulkan semua ini. Aku juga tidak percaya lagi bahawa aku sememangnya tidak ditakdirkan untuk gagal. Keyakinanku musnah hari ini, bersama harapanku, hancur di tengah padang yang becak dan berlumpur bersama hujan yang penuh airmataku. Aku cuma mampu berdoa agar Tuhan mengembalikan semangat juang yang ku pegang selama ini. Amin...


pose ngan Anis sebelum match
taklimat dengan PK.Kokum
Pegawai Teknik yang paling best.
Anis with Syahirah + Aku dan Mimi
Team boy aku yang kalah
Team girl aku yang jadi belasahan
Perlawanan pertama menentang team A SKPB
Adil Hadri Saptu (berstokin biru muda) - our killer shot
Berbaju hijau (pemain SKPB) yang hebats!
Muhammad Hizal, memang teror jadi goal keeper. Kecik-kecik cili padi!
Anis yang terbang ke sana ke mari. 
Ni pun GK hebat kami, Nur Syahirah Inche Fauzi. Muka comel gila, tapi pertahanan hebatss!



0 comments:

Post a Comment