Saturday, April 2, 2011 | By: Luna Biru

Celebrating birthday Ade the 3rd on 2nd April 2011

Hmmm...sedar tak sedar sudah 3 tahun umur putera bungsu aku ni. Si comel yang pintar dan jajal. Ada-ada saja keletahnya yang buat kami pening kepala. Tadi petang dia marah-marah sebab kami lambat belikan dia kek sempena birthdaynya.

Rasanya macam sekejap saja masa berlalu. Aku masih ingat lagi saat-saat tragik sepanjang mengandungkan dia. Waktu mengandungkan dia ni la bermulanya episod hitam dalam kehidupan ekonomi rumahtangga kami. Waktu mengandungkan dia ni jugalah aku mula belajar buat bun dan jual di sekitar kampung dan sekolah. Sadis betul bila dikenang-kenang. Sampai aku takut mahu lahirkan dia sebab takut tak cukup duit nak pelihara bila dia lahir nanti. Tapi sesungguhnya Allah maha kaya. Dia menyediakan dan mencukupkan segala keperluan dan memudahkan kelahiran Ade.

Aku masih ingat lagi malam aku nak melahirkan dia. Jam 10.00 malam sakit pertama mula menyerang selang 20 minit. Waktu tu aku tengah buat bun untuk dihantar ke sekolah asrama Punyalah aku panik. Pertama, kompom bun-bun tu tak siap, kedua pulak, aku tak mahu baby aku lahir pada hari April Fool. Aku cuba tahan nafas untuk lambatkan kelahirannya. Akhirnya pada jam 11.00 lebih, sakitnya mula berselang 5 minit. Abang terus hantar aku ke hospital. Masuk ja wad bersalin, nurse yang sedang mengantuk tu cakap bukaan dah 8cm. Alamak....jadi anak April Fool jugalah baby aku ni. Bila nurse tu suruh aku teran, aku tak mau, aku cakap tunggu sampai lepas jam 12 baru aku nak bersalin. Tapi mana boleh lawan takdir Allah. Akhirnya, aku selamat jua bersalin jam 11.58 malam. Huhu....tapi nasib baik kakak nurse tu tulis jam 12.02.

Bila tengok muka c Ade yang bulat dan putih melepak tu terubat segala kesengsaraanku selama mengandungkan dia selama ni. Mungkin sebab telampau makan bun dalam perut so dia jadi gebu macamm bun jugak. Di pipi kanannya ada tanda lahir secalit garisan warna coklat. Malam tu, abang sendiri yang azankan dia dengan air matanya yang menitis di pipi. Sebelum pergi, abang cium dahi aku dan ucapkan terima kasih sebab selalu tabah untuk dia dan lahirkan zuriat kami dengan selamat. Malam tu juga, bila pandang muka si Ade yang comel gila tu, aku nekad akan buat BTL lepas ni. Aku tak mahu ada baby lagi sebab belum tentu aku mampu untuk memberikan sebuah kehidupan yang baik dan sempurna untuk mereka. Cukuplah kesengsaraan hidup sepanjang mengandungkan Ade menjadi pengajaran pada aku bahawa hidup ini tidaklah secerah selamanya.

Then, aku namakan dia Ade Hairunee Zulkarnain, hasil gabungan idea melatup dari abang dan abah (macam biasa). Kupinjamkan dia nama timanganku, Ade bermakna putera raja. Hairunee pulak dari abah sempena nama pakciknya di Sarawak. Zulkarnain pula dari abang sebab dia nak sangat ada anak bermula dari huruf Z, macam nama betul aku. Lagipun, Zulkarnain juga merupakan kesinambungan dari nama Iskandarsyah. Nama Iskandardyah tu sudah diambil oleh anakku yang ke-5, Mizan.

Ade tumbuh dan membesar jadi bayi paling sihat dalam sejarah anak-anak aku yang lain. Tapi siapa sangka, waktu umurnya mencecah 5 bulan, dia diserang penyakit usus yang membengkak dan membonjol di kulit perut. Akhirnya kami ambil keputusan untuk buat operation saja setelah melalui nasihat dokter untuk membuang lebihan usus yang tersimpul di dalam perutnya. Kalau dibiarkan, ia akan menjadi tersimpul mati dan menyebabkan proses penghadamannya terjejas. Waktu operation dia ni lah banyak peristiwa terjadi yang membuat aku akur pada ketentuan Allah. Apapun, Alhamdulillah, Ade selamat menjalani operation itu.

Sekarang Ade dah besar, still gemuk dan gebu. Kalau tengok sekali, macam tak percaya saja dia ni sebenarnya menghidap penyakit pneumonia (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001200/). Sedih betul aku tengok kalau serangan sakitnya datang. Tapi kalau waktu sihat, hmmmm....penat betul melayan dia ni. Aku rasa kalau terkena bapak-bapak yang kurang sabar, siap makan penamparlah jugak budak ni.

Sempena birthdaynya yang ke-3 ni, aku bawa dia g studio bergambar. Taukeh kedai tu sampai terbaring-baring di lantai nak ambil shoot Ade sebab tak reti-reti mau duduk diam. Adeh...Ade...Ade...

Ni gambar di Studio Fotomat, Papar. 
Bagus betul amoi tu ambil gambar, cepat. Sempat dia klik kameranya waktu Ade diam.
Ni pun idea si Ade juga ni mau bergambar sama aku. 
So malam kami buatlah celebrating kecil-kecilan sebab dia sudah marah-marah suruh belikan kek. Kiranya mau buat esok tapi malas sudah mau pujuk dia.

Ade tak sabar nak potong kek dia. Blueberry cream dibeli di kedai Southern RM42.
Na...berhamburan air liur dia waktu tiup kek. 
Ni la....anak-anak aku yang meriah ni.
Haha....lucu pix ni.
Ni la kek Ade. Abah dia punya idea la nak tulis ni.
Yeah...Ade and me again. 

0 comments:

Post a Comment